:salam
Saya ada kemusykilan tentang perkahwinan...ade sorang hamba Allah yg nak kawin kerna Allah,kerana hendak dibimbing ke jalan Allah,dan takkan kawin selain dari sebab tu.Dia juga dah menolak seorang lelaki yg baik yg suka padanya dgn alasan ilmu agama lelaki tersebut kurang,maka tak dapat memimpin dgn baik nanti.Masalahnya kawin itu sendiri adalah menyempurnakan sebahagian dari agama.Tambahan pula ada hadis yg mengatakan fitnah akan berlaku jika seorang perempuan itu menolak pinangan lelaki yg baik.Apakah yg patut dilakukan?Wajarkah dia mengubah pendiriannya?Maaf sbb soalan yg agak pelik atas sebab khuatir ianya adalah tipu daya syaitan agar tidak berkahwin
jazakallah
:wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-12-0084 : Kawin Kerana Allah
Primary tabs
Fri, 02/09/2005 - 1:07pm
#1
SJ-12-0084 : Kawin Kerana Allah
:wassalam
alJawab:
Pertama: Kekeliruan ini dapat di atasi bila kita faham maksud sekufu atau kafa'ah. Maksud kafa'ah ialah matching (seimbang/sepadan). Seimbang menurut madzhab malik ialah seimbang atau sepadan dari sudut keagamaan. Manakala jumhur sekufu ialah dari sudut nasab (keturunan).
Namun pendapat yg benar ialah secocok dari sudut agama dan akhlak. (alFath: 11/39)
Dalil hadith:
" Apabila datang melamar kamu seorang (lelaki) yg kamu ridhai agama dan akhlaknya, maka kahwinilah. Jika tidak akan berlaku fitnah dan kerusakan yg besar." [al-Albani, sahih sunan atTermidzi #865]
Kedua:
Wanita di Malaysia tidak spt wanita di zaman silam, mereka intelligent, memenuhi IPTA, dan berkerjaya, maka tidak ada masalah mereka mengumpul database bagi lelaki yg matching atau sepadan dengan dirinya. Jika mereka keliru dan tidak ada keyakinan diri, boleh saja dia mendapatkan pertolongan jama'ah (jika dia bergabung dgn mana-mana Jama'ah dan badan dakwah), sahabat, ibubapa, dan orang yg dipercayainya.
ketiga: disyari'atkan solat istikharah, memohon petunjuk Ilahi dari beberapa opsyen yg ada.
semuga dipermudahkan Allah utk menunjuki jalan keluar