assalamualaikum....
saya ada kemuskilan. saya akan melanjutkan pelajaran ke amerika syarikat. masalah utama yang bakal di hadapi disana adalah mendapatkan makanan halal.
ustazah ditempat saya belajar mengatakan daging kosyer(daging sembelihan yahudi) tidak boleh di makan iaitu haram.
apakah pandangan ahli panel sekalian.
-berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan muktabar.
:wassalam
alJawab:
Tahniah kerana anda masih berpeluang belajar ke luar negara di mana peluang2 spt ini sudah semakin berkurangan berbanding dgn zaman saya (thtl) dulu. Namun, suasana dan reaksi rakyat USA kepada muslim sudah berubah 360 derjah sejak peristiwa 9/11. Kemungkinan anda akan menghadapi sedikit kesulitan dan diskriminasi terhadap umat Islam. Ini yg kami risaukan berbanding dgn sembelihan yang anda akan hadapi.
Mengenai makanan, bilangan penduduk muslim di USA agak ramai dan kebanyakan bandar utama terutama university town (bandar di mana universiti itu berada, cth: University Michigan di Ann Arbour, Michigan, maka Ann Arbour itu diistilahkan sbg University town) terdapat Pusat Islam dan komuniti muslim yg ketara. Etnik utama muslim ialah Arab, India-pakistan dan blacks.
Bila ada komuniti muslim dan pusat Islam, maka makanan halal tidak ada masalah kerana selalunya ada grocery store (kedai pelbagai keperluan) milik orang Islam yg menjual daging sembelihan muslim.
Jika anda pergi ke bandar yang amat kurang umat Islam, maka boleh sahaja memakan sembelihan Kristian dan yahudi. Sembelihan Yahudi USA lebih ketara dan sahih kerana ia dipantau oleh persatuan Rabbai yahudi mereka dan diberi cop Kosher simbolnya K atau U-Pareve (bahasa Hebrew).
Dalilntya: " makanan (sembelihan) orang2 yg diberi alKitab itu halal bagi kamu" AQ 5:5
Adapun pendapat ustazah yg mengatakan haram di makan itu adalah pendapat peribadinya sedangkan ayat di atas tidak pernah dimansuhkan oleh Allah SWT. (Dr alQardhawi, Halal & Harm fil Islam)