SJ-05-0135 : Qadha Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0135 : Qadha Solat

:salam
Apa khabar ahli2 panel sekalian. Semasa zaman remaja dahulu saya lalai dalam mengerjakan solat. Jarang benar dapat cukupkan 5 waktu sehari. Solat pun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Bagaimanakah kaedah untuk menqadha solat-solat yang sengaja ditinggalkan 4-5 tahun yang lalu? Apakah status solat-solat yang dikerjakan dengan lalai tersebut? Harap dapat membantu.

SJ-05-0135 : Qadha Solat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Soalan mengenai Qadha' Solat merupakan salah satu soalan yang agak popular di al-ahkam ini. Walaubagaimanapun, kami akan menjawab dengan ringkas dan anda bolehlah merujuk kepada link kami paparkan dibawah ini untuk perinciannya.

Solat yang ditinggalkan dengan sengaja sejak lama dahulu tidak perlu di Qadha'. Menurut Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah rh :-

æÊÇÑß ÇáÕáÇÉ ÚãÏÇ áÇ íÔÑÚ áå ÞÖÇÄåÇ ¡ æáÇ ÊÕÍ ãäå ¡ Èá íßËÑ ãä ÇáÊØæÚ ¡ æåæ Þæá ØÇÆÝÉ ãä ÇáÓáÝ .
dir="ltr">"Dan meninggalkan solat dengan sengaja tidak di syara'kan mengqadha'nya, (jika ia melakukan solat qadha' tersebut) tidak sah baginya, bahkan hendaklah perbanyakkan melakukan solat sunat, itu adalah pandangan kumpulan dikalangan salaf" - [Al-Ikhtiyaaraat, ms 34].

Apa yang perlu ada lakukan adalah :-

a. Memperbanyakkan taubat nasuha dan memohon (istigfar) pengampunan dari Allah swt.
b. Banyak melakukan solat2 sunat terutamanya solat rawatib.
c. Banyak melakukan sedekah mengikut kemampuan anda

Insyaallah, Allah akan mengampunkan hambanya yang ikhlas bertaubat kepadanya.

SJ-05-0045 : bantulah insan ini
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28098

SJ - 3231: Qada Salat DiWaktu Megerjakan Haji.
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=23888

SJ - 3225: [Susulan] Re: SJ-2187: tiada Qadha' dalam ibadah
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=23861

SJ - 3038: [G] Merujuk Semula Kpd SJ - 3002: Qada' solat
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=19507

SJ-1721: Qadha solat
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=7560

Sekian, wassalam

خيرالأمين