assalamualaikum..
dalam islam ada hak cipta tak?
kami sebagai student selalunya tak mampu nak beli buku2 rujukan yg mahal beratus-ratus ringgit.jd kekadang kami foto copy je la,murah sikit, tujuan nyer utk belojo, bukan utk buat keuntungan.boleh ke camtu?
masa saya belajar subjek harta intelek, pensyarah tu cakap kalo ikutkan undang2 copy right ni nak menjaga hak ekskusif penulis/penerbit buku, tanak ada orang plagiat & declare buku tu karya dia..
camana pandangan islam tentang isu ni?
lg satu, buku2 agama bole jgk difotocopy? sesetengh org berhujah, ilmu milik Allah, jd tak perlu minta izin penulis/penerbit utk fotocopy..
wallahu'alam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-13-0184 : Copy right
Primary tabs
Sun, 30/04/2006 - 10:48pm
#1
SJ-13-0184 : Copy right
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ihkwan_al_safa dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Agama Islam menjaga hak pribadi seeorang dan juga hak umum. Kita tidak dibenarkan mengeksploitasi mana-mana bahagian dari usaha mereka-mereka ini tanpa meminta izin dari pihak yang berkenaan dahulu. Penjagaan hak yang dimaksudkan disini ialah, melindungi penulis dan penerbit dari sebarang kes-kes plagiat dan cetak rompak dan mengambil keuntungan dari penjualan tersebut.
Memang benar semua ilmu itu dari Allah swt, dan ia tidak bermakna kita boleh mengambil hak orang lain; contohnya mengambil tanpa izin buku di pejabat atau diperpustakaan atas alasan ilmu itu milik Allah. Apa yang dibenarkan ialah kita meminjam bahan tersebut mengikut prosedurnya. Begitulah juga dengan membuat salinan buku (photo copy), salinan CD, VCD yang digunakan secara persendirian untuk menimba ilmu, maka Islam tidak melarang perbuatan yang sedemikian. Malahan, ada juga penulis-penulis yang mengumumkan bahawa boleh buat salinan dan diedarkan dengan tujuan menyebar ilmu.
Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh (bekas mufti besar Arab Saudi thn 2000) :-
Ibn Utsaimin menyatakan bahawa menyalin bagi kegunaan pribadi tidaklah mengapa, akan tetapi jika penulis atau penerbit itu sendiri menyatakan bahan tersebut tidak boleh disalin untuk kegunaan pribadi sekalipun, maka pada masa itu perbuatan menyalin adalah dilarang sama sekali.
Akan tetapi, jika melakukan salinan atau photo copy bagi tujuan jualan, maka ini adalah dilarang. Menurut Sheikh Sa’d al-Humayd :
Kesimpulannya : menyalin buku bagi tujuan persendirian dan bukan komersial dibenarkan, melainkan penulis atau penerbit tersebut menyatakan tidak boleh langsung menyalin buku tersebut. WA.
---------------------
Beikut adalah beberapa link yang boleh dimunafaatkan bersama :-
SJ-2258: Photostat
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10369
SJ-13-0011 : Cetak rompak
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=24234
Fatwa Cetak rompak
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10216
Sekian, wassalam
خيرالأمين