SJ-13-0182 : Takhrij Hadis Diakhir Hayat Nabi saw. "Sol

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0182 : Takhrij Hadis Diakhir Hayat Nabi saw. "Sol

:salam

Kita selalu menyatakan bahawa kita menyintai Rasulallah SAW. Adakah kita benar-benar menyintainya ataupun sekadar lafaz di mulut? Sedangkan banyak dari sirah2nya yg kita sendiri tidak ketahui apatah lagi untuk mempratikannya di dalam kehidupan kita seharian. Tidaklah keterlaluan jika saya katakan bahawa kebanyakan masyarakat Islam hari ini hanya mengenali Rasulallah SAW pada namanya saja serta beberapa tugas2 kebiasaan bagi seorang nabi.

Banyak dari hadis2 Rasulullah SAW yang menceritakan dan memberi peringatan kepada umatnya. Disini menunjukkan kasihnya Rasullah SAW kepada kita sebagai ummatnya. Sehingga diakhir hayat baginda perkataan ummati* sentiasa disebut menandakan kasihnya seorang rasul yg amin terhadap umatnya.Tetapi sejauh manakah cinta kita terhadap baginda?.

Rasulullah saw adalah manusia paling kita cintai.Rasa cinta kita terhadap Rasulullah saw adalah tidak cukup jika kita lahirkan dgn kata2 dan sambutan yg berbagai cara. Tetapi sewajarnya dilahirkan dgn meniru jejak langkahnya,terutama sifat-sifat peribadi yg mulia.

* sapa boleh takhrij hadis diakhir hayat nabi.....asyik menyebut ummati..?
(perenggan kedua)...syukran.

**Petikan dari karangan sahabat saya. Jadi apa yang ingin diketengahkan di sini, boleh tak para sahabat nyatakan hadith Rasulullah s.a.w. di akhir hayat Baginda berkenaan dengan lafaz "Ummati" atau "Solat". Yang mana sahih? Atau adakah kedua-duanya sahih? Atau sebaliknya? Jadi, marilah sama-sama kita berkongsi pengetahuan.

Wa Syukran.

:wassalam

SJ-13-0182 : Takhrij Hadis Diakhir Hayat Nabi saw. "Sol

wa'alaikumussalaam...

hadith tentang wasiat atau pesan Rasulullah SAW tentang solat di akhir hayatnya memang ada diriwayatkan oleh Abu Daud n Tirmidzi. hadith ini disahihkan oleh al ALbani dalam buku2nya spt Sahih al Jami' al Shaghir.

-------------tahqiq thtl

aku temui dalam Sahih Sunan Ibn Majah Jilid 2/ ms 109:
1. Dari Anas (pembantu khas Nabi saw)
2. dari menantunya, Ali bin Abi Thalib ra.

Lafadznya ialah " solat, solat ...dan hamba abdi kamu."

------------------end.

manakala hadith tentang Rasulullah menyebut ummati..ummati tidak dapat saya temui..wallahu a'lam. apa yang saya temui ialah Nabi SAW memang menyebut ummati..ummati pada hari kiamat nanti ketika umatnya menanti syafaatnya (riwayat al Bukhari dan Muslim). begitu juga Nabi pernah membaca AL QUran sehingga menangis dan berdoa sambil menyebut ummati. maka malaikat jibril datang memberi ketenangan kpd beliau (riwayat Muslim)

---------------tahqiq thtl

Benar spt apa yang dijelaskan oleh syaikh alitantawi, bahawa ummati, ummati ini tidak ada dalam pesan terakhir baginda. Menurut kajian alHafidz alAsqolani dalam alFath Jilid 8, ms 134-135, pesan-pesan Nabawi menjelang wafatnya adalah:
1. mengeluarkan musyrikin dari Jazirah arabia
2. menghormati utusan atau diplomat luar
3. menjaga dan memelihara kitabullah (termasuk sunnahnya)
4. menjaga solat
5. menjaga kebajikan hamba abdi
6. menta'ati kepimpinan panglima Usama ben Zayd
7. kelebihan Abu Bakar
-------------end

wallahu a'lam