Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nisaa': ayat 110)
adakah dosa akibat maksiat yang disabitkan dengan hukuman Hudud boleh juga diampuni Allah setelah Taubatan Nasuha?.
Petikan dari tulisan seorang sahabat taraf Ustaz yang sekarang ni berkhidmat di Sabah:
Ana bukanlah berkepakaran utk menjawab tapi dalam hal ini kita boleh lihat huraian yg diberi oleh Prof Dr abdul Hayei Shukor(serg ulama Hadith kelahiran Kelantan yg kini menjadi pensyrah di UKMdan juga ahli majls fatwa Kebangsaan juga bekas penasihat syariah negeri kelantan)
Dalam islam kesalahan hudud(terutama bagi penzina) Kalau boleh hendaklah dielakkan. Ulil amri kalu boleh hendaklah cuba mengelakkan atau menjauhi daripada menjatuhkan hukuman sebat atau rejam. Jauhkan sejauh langit dari bumi sejauh timur dari barat.
Bagi penzina pula jika dah bertaubat maka hendaklah didiamkan keselahan lepas(zina). Allah dah tutup keaiban maka kita dilarang membukanya.
tapi jika dia mengaku maka hukumna ke atas penzina wajib dijatukan. Sebab tu dalam sejarah islam tak pernah berlaku di mana 4 org saksi menyaksikan kes zina tapi yg berlaku ia pengakuan penzina yg telah bertaubat.
Jadi bagi sesiapa yg pernah terlanjur hendaklah bertaubat dan diamkan kesalahan silam. Soal diterima atau tidak taubat adalah hak Allah.
alJawab:
Tafsir Ibn Kathir:
Dari Ali bin Abi Thalhah dari Ibn Abbas ketika mentafsir ayat ini bahawa Allah mengampuni semua dosa baik kecik atau besar, hatta dosanya sebesar langit dan bumi atau sebesar gunung-ganang. [disahihkan Syaikh Ahmad Syakir, tafsir Tobari, atsar no 10424]
Juga dari Imam Ahmad dari hadith riwayat Abu Bakr asSiddiq ra," mana-mana musli yang terjebak dengan dosa, selepas itu mengambil wudhu' kemudian solat dua raka'at lalu memohon keampunan, niscaya diampuninya, kemudian Nabi saw membaca ayat ini dan ayat 135 dalam surah Ali Imran." [ dinilai sahih oleh pentahqiq Daar Ibn Haitham atas tafsir Ibn kathir]
sekian