Haji serta Umrah
Satu umrah ke Umrah yang lain merupakan penghapus dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada balasan kecuali Jannah.(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah dan Asbihani)
persoalannya adakah ianya juga melibatkan pengampunan atas kesalahan dosa besar?
kedua adakah seorang yang kembali dari mengerjakan haji, tetapi still kedekut, menunjukkan dia tak dapat haji mabrur. minta pencerahan?
ini kena Abg Hj kamin kita yang ulas..
Dari Jabir radhiallahu anhu. Bahawa nabi sallallahu ‘alaihi wasalam bersabda “Tidak ada balasan bagi haji mabrur, kecuali Jannah. Ditanya: apakah tanda kemabrurannya? Rasul sallallahu a’alaihi wasalam menjawab “Iaitu memberi makan dan manis perkataannya” (Riwayat ahmad, thabrani dan Ibnu Khuzaimah).
Orang bakhil jarang nak bagi makan dan manis perkataan.?
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Terima kasih syeikh thtl. Kami (atau kamin) akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan ilmu yang terhad, Insyaallah.
Ada dua pandangan ulama' yang dapat kami kutipkan disini (mungkin lebih dari ini):-
a. al-Haafiz Ibn Hajar rh mengatakan bahawa hadith-hadith Umrah dan Haji (yang merujuk kepada kafarah dosa) jelas menunjukkan Allah swt mengampunkan dosa-dosa besar dan kecil. Ini juga merupakan pandangan al-Qurthubi dan al-Qaadi 'Iyaad.
b. Imam al-Tirmudzi rh menyatakan bahawa ia hanya menghapuskan dosa-dosa yang melibatkan Allah swt, dan tidak termasuk dosa-dosa yang melibatkan manusia. Ini juga merupakan pandangan al-Manaawi didalam Fayd al-Qadir.
Komentar Syiekh Ibn Utsaimin rh :-
Kesimpulannya : sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Syiekh Ibn Utsaimin rh, kita terima makna zahir hadith yang mengatakan bahawa Allah swt mengampun dosa2 seseorang; tidak kira dosa besar atau kecil, dan apa-apa tafsiran yang lain memerlukan nas yang sahih untuk membuktikan sebaliknya.
Soalan kedua : adakah seorang yang kembali dari mengerjakan haji, tetapi still kedekut, menunjukkan dia tak dapat haji mabrur. minta pencerahan?
Sebagaimana kenyataan Ibn Utsaimin didalam isu diatas, hak Allah yang menentukan sesuatu ganjaran dan balasan hambaNya yang beramal. Ia tidak boleh di qiaskan dengan apa-apa kelakuan, peristiwa, pandangan dsb. Ganjaran dan balasan merupakan perkara ghaib. Menentukan Haji itu Mabrur (di terima) atau Matruk (di tolak), hanyalah hak Allah swt. Sebagai hamba Allah, kewajipan kita adalah melakukan syarat-syarat yang telah dinyatakan sebagaimana didalam firmannya :-
Sekian, wassalam
خيرالأمين