SJ-03-0050 : lining kasut drp kulit babi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0050 : lining kasut drp kulit babi

:salam

jika kita terbeli kasut yg kita taktahu/tak perasan jenis kulit yg digunakan, kemudian (setelah dipakai) diberitahu oleh org lain / baru tersedar bhw kasut tu diperbuat drp kulit babi tulen, tak kira keseluruhan atau liningnya shj, adakah boleh dibiarkan sahaja dan terus memakai kasut tersebut, atau perlu membuang dan membeli kasut baru? ::(

SJ-03-0050 : lining kasut drp kulit babi

:wassalam

alJawab ÇáÌæÇÈ

Status kulit babi.

Fiqh Syafi'iyah menetapkan semua jenis kulit haiwan menjadi suci bila melalui proses samakan (tanning) kecuali kulit dari haiwan anjing dan babi serta keturunan keduanya. Ia mengqiaskan keberatan najis anjing dan babi hinggalah kepada kulitnya pun adalah najis berat yang tidak dapat dihapuskan kenajisannya walaupun dgn proses samakan.

Adapun keabsahan kulit babi dan anjing ialah dari madzhab Zahiri dan Abu Yusof dari Fiqh Hanafi. Dalil keumuman yang membolehkan semua jenis kulit ialah hadith Muslim dari Ibn Abbas " apa jua kulit yang telah disamak menjadi suci."

Dr Prof Yusof al-Qardhawi memilih pendapat yang mengatakan kulit babi menjadi suci setelah disamak berdasarkan hadith Ibn Abbas tsb.

Pendapat kami: Demi menghormati rata-rata orang Melayu yang bermadzhab Syafi'iy, maka kita hendaklah menjauhi kulit babi jika (katakan) anda memilih pendapat Ibn Abbas dan tarjih al-Qardhawi (yang membolehkan kulit babi), demi menjaga semangat perpaduan dan ketenteraman orang Melayu. sekian