Menonton program Bersamamu TV3 kdg2 terdetik juga di hati, dah lah miskin banyak anak banyak penyakit pulak!!
Kalu kita belajar tauhid, sifat Allah itu Maha Adil. Adil yg kita faham bukanlah sama rata ttp meletakkan sesuatu perkara itu kena pada tempatnya. Maknanya memang kenalah Allah takdirkan seseorang itu dilahirkan dalam keadaan miskin, kesusahan sepanjang hayat serta banyak pula penyakitnya? Bagaimana pula halnya dgn org yg ditakdirkan lahir dlm kalangan org2 senang dan hidup sihat?
Malah dr segi perubatan pula, ada penyakit2 yg kononnya adalah berpunca drp keturunan. Maknanya beruntunglah bg sesiapa yg takdirnya tak ada penyakit keturunan?
Ramai org yg saya jumpa kan terjerat dgn permasalahan begini. Malah ramai yg tak boleh terima bahawa itu adalah di antara rahsia/hikmah Allah. Kalau tonton filem P. Ramlee "Sumpah Org Minyak" mungkin boleh faham kot. Apa pendapat kalian?
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan menjawab soalan judyn sekadar yang kami mampu, Insya-Allah.
Setiap yang berlaku dalam dunia ini disebabnya, cuma manusia sahaja yang tidak mahu berfikir akan pemberian Allah swt. Bala' dan musibah sebenarnya adalah ubat yang bisa menyembuh penyakit yang kronik, walaupun ia pahit. Malahan, mereka yang kelihatan secara kasarnya serba kekurangan, ketahuilah bahawa dia telah dipilih oleh Allah untuk menerima ganjarannya di akhirat kelak. Sabda Nabi :saw :-
Ujian ini sebenarnya akan menaikkan martabat seseorang hamba Allah swt. Barangsiapa yang lulus ujiannya, Allah menjanjikan syurga. Sabda Nabi :saw :-
Ini juga menunjukkan, azab dan ujian didunia ini akan menghapuskan dosa-dosa seseorang. Mana lebih baik; diazab di dunia yang sementara, atau di azab di akhirat ynag kekal abadi?
Didalam Kitab Zaad al-Ma'ad (4/189-195) ada menyatakan beberapa perkara yang kami cuba ringkaskan :-
1. Jika dia mendapati dirinya kekurangan, sebenarnya dia akan mendapati bahawa Allah telah meninggalkan sesuatu yang lebih baik kepadanya.
2. Kepahitan dan kesukaran akan terpadam apabila memikirkan bahawa ada orang yang menghadapi perkara yang lebih teruk daripada dia. Lihat disekeliling, nescaya kita akan melihat semua orang di uji dengan pelbagai cara. Sakit didunia hanya bersifat sementara dibandingkan dengan sakit diakhirat yang kekal selama-lamanya.
3. Perasaan panik dan gusar, biasanya tidak menyebabkan musibah itu pergi, akan tetapi menerukkan lagi keadaan. Ubatnya adalah sabar dan redha dengan ketentuan Allah.
4. Ketahuilah bahawa perasaan gusar akan menyebabkan musuh orang mukmin, iaitu Syaitan ketawa; dan menyebabkan Allah marah. Ia akan memusnahkan pahala dan melemahkan penyelesaian.
5. Nikmat redha atas ujian adalah kegembiraan yang besar dari apa yang dia kehilangan.
6. Ujian dan musibah yang Allah turunkan akan menghancurkan sikap sifat ego, tamak. bangga dan takkabur.
Sabda Nabi :saw :-
Syiekh Ibn Taimyah rh. semasa di penjarakan apabila beliau sujud, dia akan membaca :-
Bagi mereka yang sedar bahawa semua ini adalah ujian Allah swt, mereka itulah sebenar2 orang yang beruntung. Mereka yang tidak menerima musibah, sebenarnya sedang diuji dengan nikmat kesenangan. Kelak mereka akan sedar bahawa nikmat kesenangan itu hanyalah sementara waktu sahaja. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين