SJ-1983: jual beli atau riba?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1983: jual beli atau riba?

assalamualaikum ustaz dan ahli panel,

terlebih dahulu ucapan selamat berpuasa kepada semua warga al-ahkam. soalan saya kali ini ialah kakak sebelah rumah ada jual tilam thai dan dia berkata jika bayar cash 50.00 tapi kalau ansuran bulanan 10 bulan harganya 80.00, persoalannya ada anak pembelinya iaitu seorang ustaz dia berkata ianya adalah riba, apakah pandangan ahli panel adakah 30.00 itu adalah riba atau jualbeli? t/k

Re: SJ-1983: jual beli atau riba?


Jwb:
Jika penjual mengenakan dua harga: harga cash dan harga tertangguh (dererred payments atau ba'i bithaman ajil), ia bukanlah riba. Ini pendapat jumhur ulama termasuk madzhab Syafi'iy. Tidak ada nas yg melarang harga secara ansuran jika tidak dikaitkan dengan kadar faedah pinjaman. Qardhawi, Halal dan Haram; juga Syawkani, Nailool Awthor, 5/153. Kaedah bai' bithaman ajil ini sudah dipraktikkan oleh Bank Islam sejak 1985 lagi. WaLlahu a'alam

Re: SJ-1983: jual beli atau riba?

Ralat (JKK pada sdr kitabhikam)

deferred payment bukannya dererred payment