:salam,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana faciliti yg diberikan ini kerana keinginan saya tercapai juga ... alhamdulillah.
Saya mengikuti al-ahkham.net pun awal tahun ini, alhamdulillah banyak saya belajar terutama isu-isu terkini dan Dr. MAZA, dahulunya saya mengikuti kuliah² beliau tapi sekarang tidak lagi kerana masih lagi menyesuaikan diri sebagai seorang isteri :P tapi saya sentiasa mengikuti perkembangannya.
Berikut adalah persoalan saya;
1) Baru² ini saya baru menjalani ibadah umrah, oleh kerana ada masalah visa maka penerbangan kami agak lewat kerana pihak agency kami kena membuat penempahan bilik hotel kali ke-2 telah menjadi kan perjalanan ibadah umrah kami agak unik sedikit.
Kami berada di Mekah selama 7 hari, lepas tuh di Madinah selama 4 hari kemudian masuk kembali ke Mekah selama 3 hari sebelum pulang ke Malaysia.
Soalannya a) Perlukan kami membuat tawaf wida sblm ke Madinah?
b) Perlukah saya membuat umrah bila masuk ke Mekah kali-2 sedangkan semasa sampai pada hari pertama di Mekah saya sudah menunaikan ibadah Umrah?
2) Saya ada membaca artical Dr. Abdullah Yasin mengenai Hukum-Hakam kelahiran anak yg baru lahir di web al-nidaa.
Hukum-hakam yg disenarainya adalah seperti berikut;
1) Ucapan Bisyarah Atau Tahniah
2) Ta’zin Dan Iqamah
3) Tahnik
4) Tahliq
Soalannya a) Adakah mengkhitan anak yg baru lahir digalakkan dalam sunnah? Saya berhasrat untuk mengkhitan pada hari pertama anak saya lahir.
b) Ibu saya berhasrat membuat majlis akikah selepas 2 bulan kelahirannya dan dia ada menyebut mengenai majlis marhaban. Bagaimanakah cara saya memberitahu ibu mengenai majlis marhaban supaya ibu saya tidak terasa hati dan apakah gantinya supaya ada 'win-win' situation. Ibu saya memang ahli marhaban dikawasan rumahnya w'pun saya sudah memberitahu kedudukan marhaban tersebut.
Akhir sekali terima kasih atas kemudahan yg diberi. Semoga Allah mempermudahkan lagi perjuangan ahli² al-ahkam.net.
:wassalam
Ina
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Ahlan wa sahlan Puan Ina. Kami akan cuba menjawab soalan Puan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Tawaf Widaa' (Selamat tinggal) adalah diwajibkan bagi sesiapa yang ingin meninggalkan Makkah kecuali bagi mereka yang uzur atau wanita yang dalam haid. Sabda Nabi :saw :-
Cuma bagi mereka yang tinggal di Makkah, setelah selesai Umrah atau Haji, tidak perlu melakukan tawaf Widaa'. Walaubagaimanapun, jika mereka ingin meninggalkan Makkah, mereka perlu melakukan tawaf Widaa'.
.
Menurut Syiekh Utsaimin rh, bagi mereka yang melalui Miqat tanpa masuk IHRAM (masuk Makkah), 2 senario boleh berlaku :-
1. Jika seseorang itu melalui Miqat dan dia berniat / berazam untuk melakukan Umrah, maka dia di hendaklah pergi balik ke Miqat dan berniat disana. Jika gagal melakukan yang sedemikian, dia telah meninggalkan salah satu dari rukun Haji / Umrah, dan menurut ulama' dia dikehendaki menyembelih binatang di Makkah dan mengedarkan kepada orang miskin disana.
atau
2. Jika seseorang itu melalui Miqat dan tidak berniat / berazam langsung untuk menunaikan Haji atau Umrah, dia tidak perlu melakukan apa-apa. Tidak kiralah sama ada dia meninggalkan Makkah dengan jangkamasa yang lama atau pendek. [Lihat Fiqh al-Ibadat, ms 283, Fataawa Arkan al-Islam, ms 513]. Maknanya, dia tidak perlu melakukan Umrah.
Syiekh Muhammad Saleh al-Munajjid (seorang ulama' Saudi yang terkenal) menyenaraikan amalan khitan sebagai salah satu perkara sunnah dilakukan keatas bayi. Bagi bayi lelaki, ia adalah salah satu dari tuntutan sunan al-fitrah (sunnah semula jadi). Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-
Bagi perempuan pula, amalan khitan bukanlah amalan buruk atau berbahaya jika ia dilakukan secara sederhana. [Fatwa al-Lajnah al-Daaimah, 5/120]
Perkara ini amat sukar untuk dielakkan kerana dia adalah ibu anda. Satu cara yang anda boleh anda lakukan ialah memisahkan Majlis Aqiqah dengan Majlis Mahaban itu. Contohnya, pada siang hari,jamulah tetamu dengan makanan dari sembelihan amalan aqiqah, dan selepasnya (mungkin pada malam atau petangnya) barulah majlis marhaban berlangsung. Lakukanlah secara berhemah dan bijaksana.
Sekian, wassalam
خيرالأمين