Assalamualaikum Wbt Tuan Panel ,
Terima Kasih di atas penjelasan tuan mengenai SJ-1986: Roti canai Telur bernajis?! , akan tetapi di sini saya masih mempunyai beberapa kemusykilan yg berkaitan dgnnya :
1 - Tuan mengatakan bahawa kebanyakan ulamak mengatakan bahawa Tahi ayam itu tidak najis, oleh itu telur ayam yang tidak dibasuh terlebih dahulu tidaklah menjadi satu kesalahan.
Bagaimana pula dgn majoriti masyarakat awam yang berpegang pada mazhab Syafi'e?, tidakkah masalah ini terlalu menyukarkan mereka?. Tambahan pula kita sendiri tidak yakin pengusaha kedai makanan yang manakah yang membasuh terlebih dahulu telur-telur ayam itu .
Tolonglah jelaskan pd kami berdasarkan ilmu agama yang tuan miliki semoga ianya memudahkan masyarakat awam .
2 - Bagaimana pula dengan makanan-makanan yang diperbuat drp telur ayam yg tidak berbasuh itu , contohnya kek dan roti ?
Bagaimanakah hendak dipastikan oleh masyarakat yg berpegang kpd mazhab Syafie ini bahawa semua makanan itu telah dihasilkan drp telur ayam yang telah berbasuh ? .
Harap tuan dapat juga menyatakan sumber-sumber rujukan tuan kerana ada rakan-rakan saya yg terdiri drp agamawan yang mahu merujuk permasalahan ini.
Semoga tuan dapat membantu kami semua ke arah ' Celik Agama ' .
Ribuan Terima Kasih . Wassalam .
Jawab:
1. Terlalu memikirkan najis yg berada pada telur ayam dan dikaitkan dgn roti canai dan industri makanan spt kek dan pastry adalah sindrome was-was yg berasal dari syaitan. Banyak orang yg terkena penyakit was-was dalam taharah (kebersihan) dan najis hingga mendatangkan kesulitan yg amat sangat dalam kehidupannya. mereka ini dirundung malang, terlalu lama dalam bilik air, dan mengambil masa yg lama ketika berwudhu' (Ibn jauzi, Talbis Iblis)
Kita menjelaskan najis ayam itu tidak najis dari sudut fiqh taharah menurut jumhur tapi ia suatu yg menjijikkan jika ada penguasaha makanan yg tidak menjaga najis ayam; begitu juga penternak ayam yg mengabaikan kebersihan reban dan tidak membersihkan reban mengikut jadual juga termasuk perbuatan yg tercela di sisi Islam dan peraturan alam sekitar kerana tempat membiak lalat dan penyakit.
Tujuan saya menjelaskan bahawa tahi ayam itu tidak najis (dari sudut fiqh taharah) bukanlah bermakna kita tolerate standard kebersihan di premis2 makanan kita, ia cuma bertujuan menghilangkan sifat was-was pada mereka yg phobia dgn tahi ayam. Saya takut orang silap faham AHKAM Online kata harus mamak roti canai guna telor bernajis buat roti telur! tak pasal2 Gomen datang dakwa atas tuduhan sebarkan ajaran sesat.
Jawapan kita yg muktamad dalam penggunaan telur ayam yg belum dibersihkan oleh sesetengah pengusaha roti canai adalah suatu perbuatan yg jelik dan menjijikkan sama seperti pengusaha makanan yg tidak menjaga kebersihan kuku, ada tangan yg bernanah atau persekitaran memasak yg dipenuhi lipas dan tikus. Ini bukan taharah dalam bab wudhu', tapi taharah dalam urusan makan-minum. Ia isu yg berlainan. dalam realiti, ada pengusaha restoren dan warong yg bersih dan ada warong dan restauran yg bersih, maka carilah restoren yg bersih, maka was-was najis ayam atau ayam tidak sembelih akan selesai. Tamat
2. Industri kek, roti dan pastry yg banyak menggunakan telur tertakluk kepada piawaian Halal-Jakim atau Sirim ISO 9000, ini juga meliputi industry makanan segera spt burgers, nugget dan frankfurter juga melibatkan Piawaian pesijilan JAKIM-Halal. Jika anda was-was dgn persijilan JAKIM, maka anda akan was-was dalam seluruh kehidupan anda bila ingin keluar makan baik ke warong mamak, atau restoren segera spt Kenny Rogers atau McD.
3. Senarai rujukan saya sudah dijelaskan pada SJ-1986
4. penyakit golongan awam sebenarnya ialah mereka kurang ilmu. Jahil ialah suatu penyakit yg tidak ada ubatnya melainkan belajar. Satu lagi masalah awami ialah penyakit mereka mudah percaya pada sibaran maklumat. Ubatnya ialah kembali pada sistem mengenalpasti kesahihan maklumat yg disusun oleh Imam Bukhari-Muslim (sumber maklumat (rijal hadis), "jangan percaya sesuatu melainkan ia datang dari sumber yg hasan-sahih. Wallahu 'alam
dalam realiti, ada pengusaha restoren dan warong yg bersih dan ada warong dan restauran yg bersih, maka carilah restoren yg bersih, maka was-was najis ayam atau ayam tidak sembelih akan selesai. Tamat
------
Pembetulan:
dan diwaktu yg sama ada warong dan restoren yg kotor...
P/S:
Menentukan restoren atau warong mana yg bersih atau kotor tidak perlu bertaklid pada orang. Boleh diteliti sendiri atau melalui words of mouth (perbualan mulut ke mulut mengenai reputasi sesebuah restoren.