SJ-05-0216 : Tuma'ninah di dalam Mazhab hanafi

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0216 : Tuma'ninah di dalam Mazhab hanafi

:salam

Benarkah pendapat yang mengatakan bahawa tuma'ninah bukanlah rukun solat dalam mazhab hanafi? Jadi orang mazhab hanafi ni solat tak payah tuma'ninah ke? Adakah ini pendapat Imam Abu hanifah ataupun ulama' yang datang selepasnya?

Pendapat ini ada disebut dalam kitab fiqh islamy waadilatuhu jil 2 ms 842.
dan dalal kitab asarul ikhtilaf qawaied al usuliyah oleh Dr mustafa khin.

SJ-05-0216 : Tuma'ninah di dalam Mazhab hanafi

:wassalam

mengikut Imam Abu Hanifah sendiri, hukum tuma'ninah adalah sunat. anak muridnya, Imam Abu Yusof membantah pendapat Abu Hanifah, dan dia menetapkan wajib tuma'ninah. Pendapat yang terpilih dlm madzhab ini ialah hukumnya wajib (yg lebih kuat). Kalau kita cantumkan kesemua pendapat itu dalam madzhab Hanafi, ia bukan rukun solat, tapi masih dituntut melakukan tuma'ninah kerana ia adalah sifat solat Nabi. (Fiqh Islami oleh Prof Hasbi Siddiqiey, Jld 1, cetakan PAP, Kelantan)

al-Albani juga kata wajib dalam Sifat Solat Nabinya. sekian

SJ-05-0216 : Tuma'ninah di dalam Mazhab hanafi

Tahqiq dari ust Izrail Morocco:

Soalan:
Saya ingin bertanya pendapat Imam Abu Hanifah tentang kedudukan tum'ninah di dalam solat. Baru baru ini ada orang yang mengatakan bahawa Imam Abu Hanifah berpendapat hukumnya sunat. Katanya dalam kitab nur al hidayah. Tetapi saya ada terbaca dalam kitab Talimul Haq bahawa ia adalah wajib.

Jawapan:
Ulama Hanafi membezakan antara perkara wajib solat dan perkara yang fardhu. Perkara yang fardhu adalah merupakan rukun solat yang tidak sah solat kecuali dengannya. Adapun perkara wajib adalah perkara yang tidak membatalkan solat jika meninggalkannya tetapi mesti melakukan sujud sahwi.

Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan Syaibani telah meletakkan toma'ninah semasa rukuk dan sujud sebagai perkara wajib dalam solat dan bukan perkara yang fardhu yang boleh membatalkan solat. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Karkhi.

Dan Abu Abdillah al-Jurjani pula menyebut bahawa toma'ninah hanya sunat dalam Mazhab Hanafi sehingga tidak perlu sujud sahwi bagi mereka yang meninggalkan toma'ninah kerana terlupa.

Namun begitu, Imam Abu Yusuf yang merupakan murid kanan Abu Hanifah berpendapat toma'ninah adalah perkara fardhu solat. Yang bermakna solat tidak akan sah tanpa ada toma'ninah.

Perbezaan ini adalah kerana perbezaan mereka dalam memahami hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

Bahawa Rasulullah Saw. masuk ke dalam masjid dan seseorang mengikutinya. Orang itu mengerjakan solat kemudian menemui Nabi Saw. dan mengucapkan salam. Nabi Saw. membalas salamnya dan berkata,"Kembalilah dan solatlah kerana kamu belum solat." Orang itu mengerjakan solat dengan cara sebelumnya, kemudian menemui dan mengucapkan salam kepada Nabi Saw. Baginda pun kembali berkata, "Kembalilah dan solatlah kerana kau belum solat." Hal ini terjadi tiga kali. Orang itu berkata, "Demi dia yang mengutus engkau dengan kebenaran, aku tidak dapat mengerjakan solat dengan cara yang lebih baik selain dengan cara ini. Ajarilah aku bagaimana cara solat. "Nabi Saw. bersabda, "Ketika kau berdiri untuk solat, ucapkan takbir lalu bacalah (surah) dari Al-Quran) kemudian rukuklah hingga kau merasa tenang (toma'ninah). Kemudian angkatlah kepalamu dan berdiri lurus, lalu sujudlah hingga kau merasa tenang selama sujudmu, kemudian duduklah dengan tenang dan kerjakanlah hal yang sama dalam setiap solatmu." (H.R Bukhari & Muslim)

Bagi mereka yang mewajibkan toma'ninah berhujah dengan hadis ini yang menyuruh mengulangi solat yang tiada toma'ninah.

Adapun mereka yang tidak mewajibkan toma'ninah juga berhujah dengan hadis ini lerana tidak menghalang orang tersebut dari terus bersolat tanpa toma'ninah dan tidak memberhentikan solat tersebut. Jika solat itu sia-sia sudah tentu akan dilarang dan tidak dibiarkan dia bersolat. Kerana solat yang sia-sia mesti terus diberhentikan.

Mereka juga berhujah dari ayat Al-Quran (22:77):

íÇ ÃíåÇ ÇáÐíä ÂãäæÇ ÇÑßÚæÇ æÇÓÌÏæÇ

"Wahai orang-orang yang beriman rukuklah dan sujudlah kamu".

Hujahnya ialah ayat ini menyuruh rukuk dan bersujud. Rukuk dari segi bahasa ialah menundukkan diri dalam bentuk membongkok dan sujud pula meletakkan kepala ke bumi. Jika seseorang telah melakukan itu maka dia telah telah menepati maksud rukuk dan sujud. Sesuatu perintah itu telah selesai apabila dilakukan apa yang disuruh tanpa perlu kekal dalam keadaan itu.

Imam al-Kisani menjelaskan bahawa yang benar adalah apa yang disebut oleh al-Karkhi iaitu toma'ninah itu wajib dalam Mazhab Hanafi, jika siapa meninggalkannya mesti bersujud sahwi. Bahkan Imam Abu Hanifah menyatakan makruh bagi orang yang meninggalkan toma'ninah sehingga beliau berkata: Aku khuawatir tidak sah solat sesiapa yang meninggalkan toma'ninah. (rujuk Badai3 as-Sona3ik: 2/143-145)

Wallahu a3lam

Sofia Palace Rabat, Maghribi
18 Julai 2007

Komen thtl:

Abaikan jawaban thtl dan gunapakai jawaban Ust Izrail Morocco