:salam
Alhamdulillah... Jazaka Allahu Khairan. kat para panel feqh.. kerana telah menjawab soalan saya yg lalu yg bertajuk "Pasal Najis".
kali ini,soalan ini lebih kpd umum. saya dapati amalan buang sampah merata-rata sgt popular pada siapa2. di kawasan saya,saya dpt lihat longkang/parit penuh dgn sampah. ini menyebabkan di mana2 kawasan pekan saya,pasti ada kehadiran sampah juga. kotor,tak sedap dipandang dan lain2. dan saya dpt nampak ada je org2 dgn selambernya membuang sampah di depan org lain tanpa rasa bersalah. sampah ini seperti tin minuman,pembalut gula2 dan lain2.
saya ni jenis mmg tak suka buang sampah merata-rata dari dulu lagi. jadi,selama ini,saya terfikir-fikir,apakah tiada hukum mengenai persoalan saya ni? coz ini berlaku pada org2 muslim juga. dan kita blh dapati kemudaratan yg lebih besar bakal berlaku seperti banjir,pencemaran sungai ke,pencemaran laut ke dan lain2. saya rasa perlunya ada keterangan hukum mengenai ini utk kebaikan semua pihak,alam sekitar dan lain2. saya ada tanya kat member,tapi dia tak pasti apa hukumnya.
saya percaya Islam itu syumul. ada apa2 pasti ada hukumnya sehingga hari kiamat,seperti rokok dan lain2. jadi,saya ingin dptkan apa2 dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah yg blh kita pakai utk menentukan hukum mengenai persoalan ini? jika ada fatwa ulama,blh tunjukkan link nya atau paparkan kat sini.
merujuk tajuk di atas,soalannya,Buang Sampah Merata-rata,apa hukumnya?
Jazaka Allahu Khairan...
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah
Islam adalah satu-satu agama yang menitik beratkan alam persekitaran. Terlalu banyak ayat-ayat al-Quran yang memerintahkan manusia agar melihat keadaan sekeliling yang begitu indah dijadikan oleh penciptanya. Agama Islam juga tidak suka akan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekeliling walaupun Allah swt telah mengamanatkan kepada manusia sebagai khalifah. Firman Allah swt :-
Allah swt akan melaknati mereka yang telah membuat kerosakan di atas mukabumi ini. Firman Allah swt :-
Kerosakan kepada bumi termasuklah perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan cara membuang sampah merata-rata, termasuklah diatas jalan. Malah dalam Islam, membuang barang-barangan yang boleh mencederakan orang diatas jalan juga merupakan satu amalan sedekah. Dari Ibn Abbas, Nabi :saw bersabda :-
Begitu juga didalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah ra. :-
Kalau membuang duri dari jalanraya mendapat pahala, maka sudah tentu membuang sampah merata-rata akan mendapat dosa.
Agama Islam benar-benar menjaga hak manusia dan alam sekitar. Kalau di fikirkan, apa kaitan diantara membuang duri dan mendapat keampunan Allah swt ? Begitu juga kaitan membuang sampah, puntung rokok dan sebagainya diatas jalan dengan kemurkaan Allah swt? Kesemua ini merupakan kaedah meletakkan pada tempat masing-masing. Malah, Islam meletakkan hak jalan raya pada tempatnya. Sabda Nabi :saw bersabda:-
Menjaga alam sekitar mempunyai punyai kaitan rapat dengan mengaja keindahan. Allah swt amat suka kepada sesuatu yang indah dan cantik. Didalam sebuah hadith rriwayat Ibn Mas'ud ra, Nabi :saw bersabda :-
Begitulah didikan yang diberikan oleh Nabi :saw kepada umatnya. Kesemua perkara yang baik itu merupakan sedakah, dan begitulah sebaliknya. Firman Allah swt :-
Kesemua manusia akan dihitung atas apa sahaja perbuatan baik dan buruk di muka bumi ini, termasuklah membuang sampah diatas jalanraya. Dalam konteks undang-undang syariah pula, perkara-perkara sebegini boleh dilakukan penguat kuasaan dengan menggunakan undang-undang ta'zir atau denda. Menjaga kebersihan jalan raya merupakan tugas dan tanggung jawab setiap orang Islam. WA.
Sila rujuk artkel berikut mengenai pengjagaan alam sekitar :-
Fahaman Islam kita sempit, alam tercemar - SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=22098&mode=thread&order=0&thold=0
Sekian. wassalam
خيرالأمين