SJ-13-0261 : Buang Sampah Merata-rata,apa hukumnya?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0261 : Buang Sampah Merata-rata,apa hukumnya?

:salam

Alhamdulillah... Jazaka Allahu Khairan. kat para panel feqh.. kerana telah menjawab soalan saya yg lalu yg bertajuk "Pasal Najis".

kali ini,soalan ini lebih kpd umum. saya dapati amalan buang sampah merata-rata sgt popular pada siapa2. di kawasan saya,saya dpt lihat longkang/parit penuh dgn sampah. ini menyebabkan di mana2 kawasan pekan saya,pasti ada kehadiran sampah juga. kotor,tak sedap dipandang dan lain2. dan saya dpt nampak ada je org2 dgn selambernya membuang sampah di depan org lain tanpa rasa bersalah. sampah ini seperti tin minuman,pembalut gula2 dan lain2.

saya ni jenis mmg tak suka buang sampah merata-rata dari dulu lagi. jadi,selama ini,saya terfikir-fikir,apakah tiada hukum mengenai persoalan saya ni? coz ini berlaku pada org2 muslim juga. dan kita blh dapati kemudaratan yg lebih besar bakal berlaku seperti banjir,pencemaran sungai ke,pencemaran laut ke dan lain2. saya rasa perlunya ada keterangan hukum mengenai ini utk kebaikan semua pihak,alam sekitar dan lain2. saya ada tanya kat member,tapi dia tak pasti apa hukumnya.

saya percaya Islam itu syumul. ada apa2 pasti ada hukumnya sehingga hari kiamat,seperti rokok dan lain2. jadi,saya ingin dptkan apa2 dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah yg blh kita pakai utk menentukan hukum mengenai persoalan ini? jika ada fatwa ulama,blh tunjukkan link nya atau paparkan kat sini.

merujuk tajuk di atas,soalannya,Buang Sampah Merata-rata,apa hukumnya?

Jazaka Allahu Khairan...

SJ-13-0261 : Buang Sampah Merata-rata,apa hukumnya?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah

Islam adalah satu-satu agama yang menitik beratkan alam persekitaran. Terlalu banyak ayat-ayat al-Quran yang memerintahkan manusia agar melihat keadaan sekeliling yang begitu indah dijadikan oleh penciptanya. Agama Islam juga tidak suka akan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekeliling walaupun Allah swt telah mengamanatkan kepada manusia sebagai khalifah. Firman Allah swt :-

ÅöäøóÇ ÚóÑóÖúäóÇ ÇáúÃóãóÇäóÉó Úóáóì ÇáÓøóãóÇæóÇÊö æóÇáúÃóÑúÖö æóÇáúÌöÈóÇáö ÝóÃóÈóíúäó Ãóäú íóÍúãöáúäóåóÇ æóÃóÔúÝóÞúäó ãöäúåóÇ æóÍóãóáóåóÇ ÇáúÅöäúÓóÇäõ Åöäøóåõ ßóÇäó ÙóáõæãðÇ ÌóåõæáðÇ
dir="ltr">"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." [Surah al-Ahzab : 72]

Allah swt akan melaknati mereka yang telah membuat kerosakan di atas mukabumi ini. Firman Allah swt :-

ÇáøóÐöíäó ØóÛóæúÇ Ýöí ÇáúÈöáóÇÏö. ÝóÃóßúËóÑõæÇ ÝöíåóÇ ÇáúÝóÓóÇÏó. ÝóÕóÈøó Úóáóíúåöãú ÑóÈøõßó ÓóæúØó ÚóÐóÇÈò. Åöäøó ÑóÈøóßó áóÈöÇáúãöÑúÕóÇÏö,
dir="ltr">"(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; ] Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)" [Surah al-Fajr 11-14]

Kerosakan kepada bumi termasuklah perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan cara membuang sampah merata-rata, termasuklah diatas jalan. Malah dalam Islam, membuang barang-barangan yang boleh mencederakan orang diatas jalan juga merupakan satu amalan sedekah. Dari Ibn Abbas, Nabi :saw bersabda :-

æ ÅãÇØÉ ÇáÃÐì Úä ÇáØÑíÞ ÕÏÞÉ
dir="ltr">"......dan membuang bahaya di atas jalan adalah sedekah"

Begitu juga didalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah ra. :-

ÈíäãÇ ÑÌá íãÔí ÈØÑíÞ ¡ æÌÏ ÛÕä Ôæß ÝÃÎÐå ¡ ÝÔßÑ Çááå ÝÛÝÑ áå
dir="ltr">"Apabila seseorang berjalan atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya, dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah Mengampunkannya" [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim].

Kalau membuang duri dari jalanraya mendapat pahala, maka sudah tentu membuang sampah merata-rata akan mendapat dosa.

Agama Islam benar-benar menjaga hak manusia dan alam sekitar. Kalau di fikirkan, apa kaitan diantara membuang duri dan mendapat keampunan Allah swt ? Begitu juga kaitan membuang sampah, puntung rokok dan sebagainya diatas jalan dengan kemurkaan Allah swt? Kesemua ini merupakan kaedah meletakkan pada tempat masing-masing. Malah, Islam meletakkan hak jalan raya pada tempatnya. Sabda Nabi :saw bersabda:-

ÅíÇßã æÇáÌáæÓ Ýí ÇáØÑÞÇÊ ¡ ÞÇáæÇ : ãÇáäÇ ÈÏøñ ¡ ÅäãÇ åí ãÌÇáÓäÇ äÊÍÏË ÝíåÇ ¡ ÞÇá : ÝÅÐÇ ÃÈíÊã ÅáÇ ÇáãÌÇáÓ ¡ ÝÃÚØæÇ ÇáØÑíÞ ÍÞåÇ ¡ ÞÇáæÇ : æãÇ ÍÞ ÇáØÑíÞ ¡ ÞÇá : ÛÖ ÇáÈÕÑ ¡ æßÝ ÇáÃÐì …
dir="ltr">"Awas apabila duduk diatas jalan. Mereka bertanya : Kami tida mempunyai pilihan?; disitu kami duduk dan bercakap-cakap. Baginda berkata : Jika kamu mahu juga duduk disitu, maka berlah hak kepada jalan. Mereka berkata : Apakah hak kepada jalan? Baginda berkata : Tundukkan pandangan kamu......." [Hadith Riwayat Bukhari #2333, Muslim #2121].

Menjaga alam sekitar mempunyai punyai kaitan rapat dengan mengaja keindahan. Allah swt amat suka kepada sesuatu yang indah dan cantik. Didalam sebuah hadith rriwayat Ibn Mas'ud ra, Nabi :saw bersabda :-

Åöäøó Çááøóåó Ìóãöíáñ íõÍöÈøõ ÇáúÌóãóÇáó
dir="ltr">"......Sesungguhnya Allah itu cantik dan dia suka kepada kecantikan....." [hadith Riwayat Muslim #131]

Begitulah didikan yang diberikan oleh Nabi :saw kepada umatnya. Kesemua perkara yang baik itu merupakan sedakah, dan begitulah sebaliknya. Firman Allah swt :-

Ýóãóäú íóÚúãóáú ãöËúÞóÇáó ÐóÑøóÉò ÎóíúÑðÇ íóÑóåõ. æóãóäú íóÚúãóáú ãöËúÞóÇáó ÐóÑøóÉò ÔóÑøðÇ íóÑóåõ,
dir="ltr">"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Surah al-Zalzalah : 7-9]

Kesemua manusia akan dihitung atas apa sahaja perbuatan baik dan buruk di muka bumi ini, termasuklah membuang sampah diatas jalanraya. Dalam konteks undang-undang syariah pula, perkara-perkara sebegini boleh dilakukan penguat kuasaan dengan menggunakan undang-undang ta'zir atau denda. Menjaga kebersihan jalan raya merupakan tugas dan tanggung jawab setiap orang Islam. WA.

Sila rujuk artkel berikut mengenai pengjagaan alam sekitar :-

Fahaman Islam kita sempit, alam tercemar - SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=22098&mode=thread&order=0&thold=0

Sekian. wassalam

خيرالأمين