:salam
Q1: Setau saya, riak/ujub/takabur boleh menghapuskan pahala amalan2 yg lepas. Adakah maksudnya si fulan itu spt lenyap/'kosong' langsung pahalanya, seakan2 dia tidak pernah beribadat (back to square one)?? Adakah dalil sahih yg berkaitan?
Q2: Sy pernah terdengar satu doa minta ampun (sudah lupa lafaznya) yg perlu dibaca apabila kita khuatiri telah terasa riak/ujub/takabur dsb. Bukankah dgn terlintasnya penyakit2 hati tsb menyebabkan terhapusnya pahala amalan serta-merta instantly? Atau, adakah dgn membaca doa tsb semacam membolehkan penghapusan pahala spt ditangguh@dibatalkan?
Q3: Ini fasal keIKHLASan. Nabi pernah bersujud lama semata2 utk membiarkan cucunya merasa puas menunggangi tengkuknya. Maka, secara analogi, contohnya jika saya sengaja:-
~ melunakkan suara azan agar org ramai tertarik utk ke masjid; ataupun
~ bersujud lama kerana hendak membiarkan blood flow ke kepala bertujuan menyegarkan otak, ataupun
~ menampakkan derma ke tabung masjid agar jemaah tidak menyangkaburuk saya sbg kedekut, dsb
> tidakkah semua ini menunjukkan ketidakikhlasan saya dalam beribadat (berniat utk mendptkan faedah sampingan)??
(MAAF jika soalan2 saya berbelit & berjela.. ::? )
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÃÕÍÇÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
-Riyak dan Takabur
Sebelum itu, perlu dibezakan antara riyak dan takbur. Riyak ialah melakukan ibadah kerana mahu dilihat orang (bukan kerana ALlah), manakala takabur ialah: merasa ego, besar diri, dan memandang rendah orang lain.
-Riyak menghapuskan amalan.
sebagaimana ditunjukkan oleh nas2 al-quran, dan hadis2 sahih, riyak menghapuskan amalan. tetapi bukan bererti semua amalannya menjadi kosong, tetapi HANYA amalan yg dilakukan dengan niat riyak sahaja.
-Perincian kepada hapusnya amalan.
sekiranya keseluruhan amalan itu didasarkan kerana riyak, tidak langsung kerana Allah, sepertimana perihal orang munafiq, maka tidak syak ia membatalkan amalan itu. kebiasaan org mukmin tidak berlaku riyak umpama ini kecuali dalam amalan2 zahir seperti haji dan sedekah.
sekiranya amalan itu dilakukan kerana Allah, dan dicampuri dengan riyak;
Kalau dicampuri dengan riyak dari awal2 ibadat lagi, maka tidak syak ia membatalkan amalan.
Kalau pada permulaan, ia ikhlas kerana Allah, tetapi dimasuki unsur riyak ketika beramal, sekiranya riyak itu hanyalah lintasan hati, kemudian ditolak lintasan itu, maka tidak menjejaskan amalan. Tetapi kalau dilayan riyak itu, dan ia berterusan dalam ibadah, maka pendapat yang rajih: diberi pahala dengan niatnya yang pertama tadi, dan tidak menyebabkan terbatalnya amalan.
http://abuumair1.wordpress.com
-Lintasan hati tidak menghapuskan amalan.
sebagaimana disebut di atas, sekadar lintasan hati perasaan riyak tidak menjejaskan amalan, kecuali jika dilayan dan diteruskan lintasan itu tanpa disekat.
-Doa-doa mengelakkan riyak.
Ada diriwayat daripada Nabi beberapa doa. Dan ada dalam satu hadis, doa tersebut adalah kaffarah kepada dosa riyak tersebut, seperti doa
Çááåã Åäí ÃÚæÐ Èß Ãä ÃÔÑß Èß ÔíÆÇ æÃäÇ ÃÚáã æÃÓÊÛÝÑß ãä ÇáÐäÈ ÇáÐí áÇ ÃÚáã.
riwayat Abu Ya'la, Hakim TIrmizi, dll. dalam sanadnya ada pertikaian. Di sana ada lagi doa2 lain disebut dlm hadis.
walaubagaimanapun, doa-doa yg diriwayatkan daripada Nabi adalah satu bentuk permohonan kepada Allah untuk mengelakkan riyak. Pun begitu, dari segi amalan, mestilah berjihad untuk mengelakkan riyak. Tidak cukup hanya membaca doa.
http://abuumair1.wordpress.com
Sebelum menjawab soalan2 ini, perlu dilihat pembahagian ibadah.
Ibadah dibahagikan kepada 2:
pertama:
Ibadah semata-mata: seperti puasa, sembahyang, haji. Ibadah seperti ini, tidak ada sangkut paut dengan perihal keduniaan. Jenis ibadah seperti ini tidak boleh dilakukan kerana kepentingan2 lain. ia semata2 kerana ALlah.
kedua:
Ibadah yg difahami maksudnya: seperti azan, ia satu ibadah, tetapi tujuannya memanggil manusia bersolat. seperti: zakat, ia satu ibadah, tetapi difahami tujuannya iaitu meringankan bebanan org miskin.
Maka ibadah jenis ini, dilakukan kerana Allah, disamping kerana tujuan2 yg dimaksudkan itu.
Kembali kepada soalan;
~ melunakkan suara azan agar org ramai tertarik utk ke masjid;
apabila ia ibadah yg difahami tujuannya, maka segala yg membawa kepada tujuannya TIDAK MENAFIKAN keikhlasan, seperti memperbanyakkan pembesar suara, dll.
~ bersujud lama kerana hendak membiarkan blood flow ke kepala bertujuan menyegarkan otak
apabila solat adalah ibadah semata-mata, maka tidak boleh anda melamakan sujud kerana tujuan lain. sujud mesti dilakukan IKHLAS semata2 untuk menyembah ALlah. Panjangkan sujud anda kerana mengikut petunjuk Nabi.
adapun yg diriwayatkan bahawa Nabi memanjangkan sujudnya ketika Hasan dan Husain memanjat belakangnya, ia adalah sekadar meraikan kanak-kanak, sepertimana Nabi pernah memendekkan solatnya kerana meraikan bayi yg sedang menangis.
~ menampakkan derma ke tabung masjid agar jemaah tidak menyangkaburuk saya sbg kedekut
apabila sedekah ialah ibadah yg difahami tujuannya, maka TIDAK MENGAPA anda menzahirkan sedekah anda dengan tujuan supaya orang lain mengikutinya, atau mengelakkan tohmahan orang lain bahawa anda tidak membayar zakat, dll. Tetapi jika ditakuti perasaan riyak, maka bersedekah secara sirr adalah lebih utama.
wallahu a'lam.
http://abuumair1.wordpress.com