assalamualaikum para ahli panel yang dihormati....
1 ) ade student tanye sy apa hukum menggabungkan nama sesama couple ? cth: yg lelaki jamal dan yg perempuan milah so jadilah jamila. Kemudian budk2 skrg punye la loving sampi buat key chain , lukis kat tangan nama tu etc . Jadi ade hukum tak @ didiamkan oleh syarak ?
2 ) Benarkah dlm mazhab syafie mengatakan wanita haid haram sentuh / baca quran kecuali dah hafal kmdn boleh ditasmi' oleh ustaz utk peperiksaan quran ?
3 ) sy ditanya , bagaimana kah utk menghadirkan kecintaan kpd NABI SAW lebih mengatasi cinta pd ibubapa sendiri ? Sebab , mereka merasakan ibubapa adalah segalanya... sy tak tau nak jwb macamane.
p/s : syukran jazilan atas semua jawapan yg diberikan selama ini . Kesemuanya byk membantu sy mengatasi kejahilan diri. Moga ALLAH SWT jua yg akan membalasnya . AMIN
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yukitada dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Tidak ada larangan untuk 'mereka cipta' nama atau kombinasi nama, seperti mencipta nama syarikat. Cuma apa tujuannya? Implikasi yang bahaya adalah percampuran wanita dan lelaki yang bukan mahram, bukan penciptaan nama tersebut. Inilah yang disukai syaitan, maka macam-macam jenis pembaziran dan kemaksiatan yang akan dicadangkannya. Begitu juga jangan sampai melukis nama ditangan yang akan berupa tatoo pula, dsb. Banyak implikasi negatif yang akan timbul akibat dari percampuran bebas yang diistilahkan sebagai 'loving'.
Apabila seorang lelaki sudah ada perasaan terhadap seorang wanita, tidak ada jalan penyelesaian lain (eg: nak buat gelang dsb) melainkan perkahwinan. Sabda Nabi :saw
Nasihatkan mereka agar jangan membazir2, dan tumpukan perhatian kepada pelajaran, dan kalau berhajat, terus nikah. Sila lihat link dibawah :-
SJ-13-0009 : CINTA ITU BUTA
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26556
خيرالأمين
Jumhur fuqaha' melarang wanita membaca al-Quran semasa haid, sehinggalah dia suci, Mazhab Syafie hanya membenarkan wanita haid membaca ayat-ayat al-Quran sebagai ZIKIR atau DO'A, dan perbuatannya tidaklah berbentuk tilawah. Walaubagaimanapun dikalangan mereka membenarkan bacaan al-Quran dari hafazan keatas pelajar-pelajar yang menjalani peperiksaan al-Quran.
Cuma Mazhab lain, membezakan wanita haid dan wanita yang berjunub. Imam Bukhari mengatakan bahawa wanita haid dibenarkan membaca al-Quran dari hafalan. Wanita yang berjunub, memang diharamkan membca al-Quran. [Fatawa wa Ahkam LilMar'ati al-Muslimah, Atiyah Saqr, ms 31].
Persoalan diatas ini hanya melibatkan membaca al-Quran tanpa menyentuh Mushaf.
Sikap kecintaan kepada Nabi :saw ini lebih berkesan jika ianya dibawa oleh ibu-bapa sendiri. Ada beberapa point yang boleh keutarakan agar mereka dapat memikir semula dengan cara rasional.
1. Kecintaan kepada Nabi :saw merupakan perintah Allah swt :-
Mereka yang ta'at kepada Rasulullah :saw telah ta'at kepada Allah.
2. Kegagalan ta'at kepada Rasulullah :saw, akan membawa kepada syirik kepada Allah swt.
Berikut saya petik dari laman web al-sofwah mengenai Cinta kepada Rasul :-
Sekian, wassalam
خيرالأمين