:salam
Kadangkala selepas membuang air kecil dan mencuci tempat keluarnya, masih terasa ada yang terkeluar selepas mencucinya dan dikhuatiri mengotorkan seluar, jadi nanti tidak boleh pula nak digunakan untuk sembahyang. Jadi adakah cara yang boleh membuatkan kita pasti yang membolehkan kita tidak perlu berwas-was lagi selepas mencuci tempat keluar kencing itu?
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-03-0077 : sisa air kencing
Primary tabs
Sat, 18/08/2007 - 6:47am
#1
SJ-03-0077 : sisa air kencing
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Penyakit waswas ini saling berkait rapat dengan beristinja' dan amalan berwudhu'. Kedapatan mereka yang berkali-kali membersihkan kemaluan, ada yang memicit-micit zakat agar saluran kencing dipastikan tidak ada sisa-sisa, dsb. Persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk kita memastikan agar waswas tidak timbul setelah kita selesai beristinja'?
Terdapat sebuah riwayat bahawa Jaabir ra. berkata :
Ulama'-ulama' Mazhab juga ada memberi cadangan didalam bab ini. Didalam Ensaiklopedia Fiqh ada menyebut :-
Ada juga dikalangan ulama' yang mengatakan, tidak perlu sampai merinjis ke seluar air tersebut. Apa yang perlu adalah, setelah kita pastikan titisan terakhir air kencing itu keluar, bersihkannya, lalu jangan ambil peduli apa yang di rasakan selepas itu. Berikut nasihat Syeikh Ibn Utsaimin rh :-
Demikian beberapa tips dari ulama'-ulama' bagi memastikan kita tidak ditewaskan dengan penyakit waswas selepas beristinja'. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين