SJ-03-0077 : sisa air kencing

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0077 : sisa air kencing

:salam
Kadangkala selepas membuang air kecil dan mencuci tempat keluarnya, masih terasa ada yang terkeluar selepas mencucinya dan dikhuatiri mengotorkan seluar, jadi nanti tidak boleh pula nak digunakan untuk sembahyang. Jadi adakah cara yang boleh membuatkan kita pasti yang membolehkan kita tidak perlu berwas-was lagi selepas mencuci tempat keluar kencing itu?

SJ-03-0077 : sisa air kencing

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Penyakit waswas ini saling berkait rapat dengan beristinja' dan amalan berwudhu'. Kedapatan mereka yang berkali-kali membersihkan kemaluan, ada yang memicit-micit zakat agar saluran kencing dipastikan tidak ada sisa-sisa, dsb. Persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk kita memastikan agar waswas tidak timbul setelah kita selesai beristinja'?

Terdapat sebuah riwayat bahawa Jaabir ra. berkata :

ÊóæóÖøóÃó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóäóÖóÍó ÝóÑúÌóåõ
dir="ltr">"Rasulullah :saw melakukan wudhu' dan merinjis air ke alat sulitnya" [Hadith Riwayat Ibn Maajah #464].

Ulama'-ulama' Mazhab juga ada memberi cadangan didalam bab ini. Didalam Ensaiklopedia Fiqh ada menyebut :-

ÐóßóÑó ÇáúÍóäóÝöíøóÉõ æóÇáÔøóÇÝöÚöíøóÉõ æóÇáúÍóäóÇÈöáóÉõ : Ãóäøóåõ ÅÐóÇ ÝóÑóÛó ãöäú ÇáÇÓúÊöäúÌóÇÁö ÈöÇáúãóÇÁö ÇÓúÊõÍöÈøó áóåõ Ãóäú íóäúÖóÍó ÝóÑúÌóåõ Ãóæú ÓóÑóÇæöíáóåõ ÈöÔóíúÁò ãöäú ÇáúãóÇÁö , ÞóØúÚðÇ áöáúæóÓúæóÇÓö , ÍóÊøóì ÅÐóÇ Ôóßøó Íóãóáó ÇáúÈóáóáó Úóáóì Ðóáößó ÇáäøóÖúÍö , ãóÇ áóãú íóÊóíóÞøóäú ÎöáÇÝóåõ
dir="ltr">"Disebut oleh Hanafi, Syafie dan Hanbali : sesungguhnya apabila seseorang itu selesai membasuh kemaluannya, adalah mustahab baginya merenjis kemaluannya atau seluarnya dengan sedikit air, agar ia dapat menghilangkan waswas, kerana apabila dia merasakan sesuatu yang basah, maka dia akan teringat bahawa itu adalah akibat dari renjisan, melainkan dia pasti ia adalah sebaliknya" [al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 4/125].

Ada juga dikalangan ulama' yang mengatakan, tidak perlu sampai merinjis ke seluar air tersebut. Apa yang perlu adalah, setelah kita pastikan titisan terakhir air kencing itu keluar, bersihkannya, lalu jangan ambil peduli apa yang di rasakan selepas itu. Berikut nasihat Syeikh Ibn Utsaimin rh :-

ÝäÕíÍÊí áåÐÇ ÇáÃÎ : Ãä íõÚúÑöÖ Úä åÐÇ¡ æáÇ íáÊÝÊ Åáíå¡ æáÇ íäÊÑ ÇáÐßÑ æáÇ íÓáÊå¡ Èá íÏÚå Úáì ØÈíÚÊå¡ ÝÅÐÇ ÎÑÌÊ ÂÎÑ äÞØÉ ÛÓá ÑÃÓ ÇáÐßÑ¡ ÑÈãÇ íÍÓ ÇáÅäÓÇä ÈÍÑßÉ Ýí ÐßÑå¡ ÝáíÓ Úáíå Ãä íäÙѺ áÃä ÈÚÖ ÇáäÇÓ ÅÐÇ ÃÍÓ ÈÍÑßÉ ÃÑÎì ÓÑÇæíáå æÌÚá íÚÕÑ ÐßÑå ãä ÝæÞ¡ ÅÐÇ ÚÕÑå ÝáÇÈÏ Ãä íÎÑÌ ÔíÁ¡ áßä ÏÚå æáÇ ÊáÊÝÊ áå¡ ÍÊì Åä ÈÚÖ ÇáÚáãÇÁ ÑÍãåã Çááå ÞÇá: Åäå Ýí åÐÇ ÇáÍÇá ÅÐÇ ÇÈÊáí ÈåÐÇ ÇáæÓæÇÓ íÑÔ Úáì ÓÑÇæíáå ÇáãÇÁ ãä ÃÌá ÅÐÇ ÝßÑ Ãæ Ôß íÍãá Ðáß Úáì åÐÇ ÇáãÇÁ¡ áßä äÍä äÞæá: áÇ ÍÇÌÉ áåÐÇ¡ åÐÇ ÊßáÝ¡ ÃÚÑÖ Úä åÐÇ ¡ æáÇ ÊÔÊÛá Èå ¡ æíÒæá Úäß ÈÅÐä Çááå¡ æáÇ ÊÐåÈ ÅÐÇ ÃÍÓÓÊ ÈÈÑæÏÉ Ýí ÑÃÓ ÇáÐßÑ ¡ Ãæ ÃÍÓÓÊ ÈÍÑßÉ Ýí ÏÇÎá ÇáÐßÑ áÇ ÊÐåÈ áÊäÙÑ¡ ÏÚ åÐÇ
dir="ltr">"Nasihatku kepada saudara ini : Jika ini berlaku kepada anda, jangan beri tumpuan kepadanya, usah picit zakar anda, malah biarkan sahaja seperti biasa. Apabila kencing terakhir telah keluar, hendaklah dia membasuh hujung zakarnya, dan kemungkinan akan merasakan sesuatu didalam zakarnya, akan tetapi usah dilihat kepadanya, kearana ada setengah orang, apabila merasakan sesuatu didalam zakarnya, mereka akan buka seluar kembali dan memicit-micit zakarnya sehingga ke hujung. Tetapi jika di picit, sudah tentu ada sesuatu yang keluar. Malah, dia hendaklah meninggalkannya dan tidak memberi perhatian kepada perkara tersebut. Ada dikalangan ulama berkata : Didalam hal ini, jika dia terkena waswas, hendaklah dia merenjis sedikit air ke seluar, maka jika dia berfikir atau ragu, maka dia akan andaikan bahawa itu adalah air yang dirinjisnya. Akan tetapi kami berkata : Tidaklah perlu melakukan sampai begitu, ia agak menyukarkan Jangan lakukan demikian dan jangan memberi perhatian kepada perkara tersebut, dan perasaan tersebut akan pergi, Insya-Allah. Jika anda merasakan sesuatu yang sejuk dihujung zakar atau merasakan sesuatu didalam zakar, janganlah pergi melihatnya. Lupakan perkara itu." [al-Liqa' al-Shari].

Demikian beberapa tips dari ulama'-ulama' bagi memastikan kita tidak ditewaskan dengan penyakit waswas selepas beristinja'. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين