SJ-05-0233 : Tajwid : kesalahan dengung perlukah diulang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0233 : Tajwid : kesalahan dengung perlukah diulang

Kebiasannya imam akan mengulang ayat yang tersilap huruf/ tersasul sebutan. Bagaimana kalau terlepas atau terlebih dengung, perlukan diulang ayat tersebut dalam solat?

jkk

SJ-05-0233 : Tajwid : kesalahan dengung perlukah diulang

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÈÚÏ

Yang membatalkan bacaan ialah: sekiranya meninggalkan huruf, atau meninggalkan tasydid, atau menukar suatu huruf dgn huruf lain.

Manakala LAHAN (kesilapan menutur) dalam Fatihah pula, ada perincian:
-sekiranya kesilapan yg mengubah makna, maka tidak sah bacaan itu. jika sengaja, batal sembahyang. contoh kesilapan mengubah makna: membaca AN'AMTU ALAIHIM. sepatutnya: AN'AMTA ALAIHIM.
-sekiranya kesilapan yg tidak mengubah makna, maka sah bacaan fatihah.

Manakala meninggalkan dengung, atau kurang kadar dengung, perkara ini adalah berkaitan dengan TAJWID. dan kekurangan atau ketiadaan tajwid dalam sembahyang TIDAK MENJEJASKAN sembahyang.

-rujukan: Majmuk Nawawi 3/393
-syarah mumti' 3/63
-Fatwa syeikh Saleh Fauzan
-Fatwa syeikh uthaimin