:salam ,para ahli panel fiqh yg dirahmati Allah SWT...
ana dapati semakin ramai umat Islam kita di sini,apabila bagi salam,mereka kata 'salam'.. ana ada berdiskusi dgn mereka,tapi masih samar2 lagi.. selama ini,ana memang pakai "Assalamu'alaikum" atau "as'kum"(jarang).. sebab ana rasa itu sunnah Rasulullah SAW.. tapi yg ana tak pasti apakah itu sunnah yg wajib atau sunat utk memberi salam dgn "Assalamu'alaikum"??? ada dalil2nya??
apakah ada dalil2 Al-Quran dan As-Sunnah,yg membolehkan memberi salam dgn "Salam"?? apakah itu pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW? bagi ana,salam ini umum pengertiannya...
apakah sama atau berbeza maksud Assalamu'alaikum dgn salam?
mungkin ini nampak perkara remeh temeh,tetapi bagi ana,blh jadi lama2,org ramai semakin cendurung pakai "Salam" apabila memberi salam seperti mana keadaan sekarang... mungkin pendek dan mudah kot.. tapi ana lebih suka kembali sunnah Rasulullah SAW...
Jazaka Allahu Khoiron...
Bismillah
Wassolatu wassalam a'la Rasulillah SAW,
Memberi salam dengan lafaz "Assalamu'alaikum" tidaklah wajib tetapi adalah sunat.
Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ
Úóäú ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÎóáóÞó Çááøóåõ ÂÏóãó æóØõæáõåõ ÓöÊøõæäó ÐöÑóÇÚðÇ Ëõãøó ÞóÇáó ÇÐúåóÈú ÝóÓóáøöãú Úóáóì ÃõæáóÆößó ãöäú ÇáúãóáóÇÆößóÉö ÝóÇÓúÊóãöÚú ãóÇ íõÍóíøõæäóßó ÊóÍöíøóÊõßó æóÊóÍöíøóÉõ ÐõÑøöíøóÊößó ÝóÞóÇáó ÇáÓøóáóÇãõ Úóáóíúßõãú ÝóÞóÇáõæÇ ÇáÓøóáóÇãõ Úóáóíúßó æóÑóÍúãóÉõ Çááøóåö ÝóÒóÇÏõæåõ æóÑóÍúãóÉõ Çááøóåö ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí æãÓáã
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Nabi s.a.w pernah bersabda, "Allah menciptakan Adam dengan tinggi 60 depa. (Ketika menciptakan Adam) Dia berfirman, Pergi dan berilah salam kepada para malaikat di sana, serta perhatikan jawaban mereka, kerana itu akan menjadi salammu dan anak-cucumu." Adam pun berkata (Kepada para malaikat ), 'Assalamualaikum.' Para malaikat menjawab, 'Assalamualaika wa rahmatullah. Para malaikat membalas salam Adam dengan menambahkan, 'Warahmatullah'." (H.R Bukhari & Muslim)
Imam Nawawi menyebut: Lafaz salam yang paling lengkap dan terbaik ialah: "Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh". Dan sekurang-kurangnya lafaz salam adalah seperti: "Assalamu'alaikum" atau "Assalamu'alaika" jika seorang atau "Salamun 'Alaikum" atau "Salamun 'Alaika" jika seorang. (al-Majmu3 : 4/595-596)
Terdapat di dalam Al-Quran (51:25), Para Malaikat mengucapkan salam dengan lafaz "Salama" dan Nabi Ibrahim a.s menjawab hanya dengan lafaz "Salam". Lafaz "Salam" ini bermakna "salam ke atas kamu" (Tafsir Tabari, Ibn Kathir & Jalalain).
Kita dibenarkan mengikut sunnah Nabi Ibrahim a.s bahkan ia merupakan ikutan terbaik. (Al-Quran: 60:4)
Wallahu a3lam