SJ-12-0198 : Nifas

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0198 : Nifas

Salam

Excerpt dari al-fidaus.com

=============================================

Berbeza pula bagi darah nifas, para ilmuan berbeza pendapat ke atas kes

nifas yang terputus. Umumnya terdapat dua pendapat:

Pendapat Pertama:

Apabila nifas terhenti sebelum 40 hari kemudian ia keluar semula pada hari ke-40, maka yang keluar semula itu dikategorikan sebagai “darah yang disyaki”.

Dalam kategori ini, wanita yang mengalaminya wajib bersolat dan berpuasa.Sebelum itu ketika sedang nifas, diharamkan ke atasnya apa yang diharamkan ke atas wanita yang sedang haid.25 Dia wajib mengqada puasanya selepas suci (jika dianifas dalam bulan Ramadhan). Ini adalah pendapat yang mayshur dalam Mazhab Hanbali

25 Seperti solat, puasa dan tawaf. (penyunting)

.
Pendapat Kedua:

Apabila darah keluar pada suasana yang lazimnya disebabkan oleh faktor nifas, maka ia adalah nifas. Apabila darah keluar pada suasana yang lazimnya disebabkan oleh faktor haid, maka ia adalah haid.26 Apabila darah keluar secara berterusan, ia adalah istihadah.

Pendapat yang kedua inilah dianggap yang benar. Imam Ibn Qudamah

rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni, jld. 1, ms. 349 menukil kata-kata Imam Malik rahimahullah: Jika dia (wanita) melihat darah selepas dua atau tiga hari, yakni selepas habis nifas, maka ia adalah darah nifas dan jika selepasnya ( lebih dari tiga hari) maka ia adalah darah haid.27 Pendapat kedua ini juga merupakan pilihan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah.

============================================

Masalah;

Isteri saya bertanya, dia sudah start solat bila darah nifas berhenti

Apakah status darah tersebut? Mengikut apa yg saya research dari al firdaus.com, spt yg tertera diatas, ada dua pendapat disitu. Saya cuma mahukan kepastian, apakah ini masih dikira nifas sebab putaran haid isteri saya tidak tetap.

Saya rasa ini bukan lagi darah haid, tapi mungkin saya salah.

Jazakallah

SJ-12-0198 : Nifas

Jawab:

al-firdaus.com adalah milik Kapten Hafiz Firdaus, walaupun nama beliau tersenarai sebagai Panelis al-Ahkam, tapi beliau jarang masuk ke sini kerana kesibukan penulisan dan menjaga websitenya.

Oleh kerana isu ini bermula dari website Kapten, maka alangkah baiknya anda menghubungi beliau di website tsb. Ini untuk mengelakkan kekeliruan dan silap faham kerana kapten Hafiz mempunyai pendapat yang canggih dan tersendiri dalam banyak isu.