:salam
Adakah boleh menggabungkan niat utk membuat korban dan aqiqah sekaligus ?
Sebagai cth katalah hari raya korban jatuh pd hari yg sama dgn hari die nak buat aqiqah utk anaknya yg baru lahir. Jadi, utk seekor lembu / kambing cthnye diniatkan utk kedua2 ibadat ini.
syukran
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yukitada dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Gabungan niat amalan korban dan aqiqah, hukumnya di perselisihkan ulama'. Imam Ahmad rh membenarkan gabungan amalan korban dan aqidah. Mereka yang tidak membenarkan berkata bahawa makna keduanya berbeza. Korban (Udhiyah) adalah untuk diri sendiri, dan aqiqah pula di tujukan kepada kanak-kanak, dan ia bukanlah bertindih diantara satu sama lain,
Didalam Tuhfat a-Mawdood ada menyebut bahawa Usama ibn 'Isaam mengatakan kepada kami disuatu tempat bahawa : Hanbal memberitahu kami bahawa Abu Abdullah (Imam Ahmad) berkata : Jika korban di lakukan bagi pihaknya, Korban akan meliputi aqiqah. Dia berkata : Aku melihat Abu Abdullah membeli binatang yang dia korbankan bagi pihak dirinya dan keluarganya, dan anak lelakinya Abdullah masih kecil semasa beliau melakukan korban. Aku rasa beliau berniat melakukan aqiqah dan korban, mengagihkan daging memakan sebahagiannya.
Berkata Syeikh Dr Abdullah al-Faqih : Jalan keluar dari khilaf ini adalah mengorbankan 3 kambing, salah satu darinya hendaklah berumur sekurang2nya 6 bulan, dan satu ini dilakukan sembelihan korban, dan yang duanya dilakukan aqiqah (bagi anak lelaki). WA.
Sekian.
Rujukan fatwa :-
ÇáÌãÚ Èíä äíÉ ÇáÃÖÍíÉ æÇáÚÞíÞÉ
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=56858&Option=FatwaId
ÚÏã ÇáÌãÚ Èíä ÇáÚÞíÞÉ æÇáÃÖÍíÉ ÃÍæØ
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=41984&Option=FatwaId
Íßã ÇáÌãÚ Èíä äíÉ ÇáÃÖÍíÉ æÇáÚÞíÞÉ
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Option=FatwaId&Id=885
خيرالأمين