:salam
Sahihkah kisah2 spt dibwh yg sy pernah dengar ketika zaman sekolah:-
i) Di zaman Nabi 'Isa a.s, ada seorang kafir terdengar secara remote (kira PJJ lah ni) akan sedikit risalah baginda ttg keEsaan Tuhan, dia menerimanya, & akhir hayatnya mati tak sempat ikut baginda a.s. Lalu Allah memerintahkan malaikat mengutip cebisan2 mayatnya, mengelokkannya dan memberikannya syurga lantaran pernah mengaku akan keEsaan Tuhan
ii) Ada seorg lelaki Yahudi pernah memukul anaknya kerana telah makan dikhalayak ramai/pasar yg pd ketika itu bulan Ramadhan (x hormat org Islam). Lalu di hujung nyawa si bapa tadi, Allah hantar malaikat supaya ajar si bapa tu mengucap
:wassalam
al-Jawab:
amat sukar kami mentahqiq cerita-cerita Israeliyat bila tidak dinyatakan sumber ambilannya (jodol kitab atau websites). Lagipun kalau kita tahqiq dan terbukti kesahihannya, kisah dan hukum Israeliyat tidak dapat kita praktikkan dalam syari'at Muhammad (Islam).
Misalnya kisah no 1 merupakan doktrin utama ajaran Bible (John:13)
" God send His only son; whosoever beleiveth in him (Jesus) shall not perished, he/she will be saved." maksudnya " Tuhan menghantar satusatunya anak lelakinya (kedunia), sesiapa yang beriman kepada dia (Jesus), akan selamat, tidak akan binasa)
Dalam Islam, kekuatan La ilaha illaLlah lebih padu dan jitu.
Kisah no 2 juga menceritakan rahmat Allah kepada Bani Israel. Kisah-kisah Israeliyat begini tidak kuat untuk menyuburkan keimanan kita memandangkan kita memiliki khazanah kisah-kisah yang jauh lebih unggul dan releven dgn akidah dan syari'at kita.
Ditakdirkan kami menemuinya, akan dimaklumi kemudian, IA
sekian