SJ-03-0081 : Najis Berat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0081 : Najis Berat

:salam

Saya ingin menanyakan satu soalan berkenaan dengan najis berat. Apa yang saya tahu kalau kita terpegang anjing yang kering kita tidak perlu untuk menyamaknya (jika salah tolong tegur). Tetapi jika kita terpegang babi tidak kira sama ada ianya kering atau basah tetap kena menyamaknya. Betulkah Ustaz. Kalau ianya betul macam mana pula sekiranya kawan saya ada terpegang kulit babi (yang terdapat pada kasut) adakah dia perlu menyamaknya. Dan apabila dia tersentuh dengan orang lain, orang itu juga perlu menyamak dirinya juga. Bagaimana pula kalau bangsa cina yang memang kita tahu memakan babi itu menyentuh kita? Tolong bagi pendapat kerana saya tersangat sangat inginkan kepastian. Jawapan dari pihak Ustaz saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.

:wassalam

SJ-03-0081 : Najis Berat

:wassalam

aljawab ibu,

1. Jika terpegang anjing yg kering memang tak perlu samak. Ini kerana isu samak (basuh 7X) ialah melibatkan jilatan anjing sahaja.

2. Jika terpegang babi hidup, pendapat Imam Nawawi ialah tidak perlu samak.

3. Jika terpegang produk kulit spt kasut yg diperbuat dari babi juga tidak perlu samak kerana ia kering.

4. Jika seseorang terpegang kasut yg diperbuat dari kulit babi, tidak akan menajisi orang lain jika ia menyentuhnya (orang itu). Kata Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani (MF 21/530), nas tidak menyebut semua ini. kekeliruan ini disebabkan ulama' menqiaskan jilatan anjing dan diteruskan dgn kiasan kepada babi. Ini semua tidak menepati kehendak syara' yg mengkehendaki kemudahan.

5. apabila kita menyentuh atau disentuh oleh kaum yg diketahui makan babi, maka kita tidak boleh membuat andaian mereka bernajis berat dan lantas menyamaknya. Ini bukan dari tuntutan agama. Apabila Al-Qur:an menyebut orang musyrik itu najis, ia bermaksud najis maknawi atau najis akidah mereka sahaja. Maka apa yg ghaib dari kita tidak perlu kita risaukan kerana menyalahi tujuan syara' itu sendiri.

Ruj: Majmu Fatawa Ibn Taymiyah, 21/530
Majmu Fatawa Ibn Uthaimiin, 11/246, syarh Mumti' 1/356 dan Fiqh Sunnah Jilid satu oleh sayyid Sabiq dan selusuri perbahasan dan syarah Fiqh Sunnah terbitan al-Ahkam.