SJ-01-0087 : Roh pada bulan puasa

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0087 : Roh pada bulan puasa

Assalamualaikum...
Dulu2 anak selalu mendengar roh dikatakan akan pulang ke rumah pada bulan Ramadhan...
betul atau tak? tlg sertakan dengan nas.
Wassalam.

SJ-01-0087 : Roh pada bulan puasa

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Alah.

Wallahu'Alam, Tidak berjumpa dengan nas shahih yang menunjukkan bahawa roh akan pulang ke rumah pada bulan Ramadhan. Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. bahawa roh tidak akan mencampuri urusan yang tidak berguna lagi padanya [Fataawa Muasyarah, 1/70]. Pada hakikatnya, roh berada suatu alam yang dinamakan alam barzakh yang sudah tentu penghidupannya sangat berbeza. Sheikh Walid al-Firyaan mengatakan bahawa alam barzakh adalah jangka waktu diantara kematian seseorang dan Hari Kiamat.

Bagi Roh orang yang beriman, ia akan menerima balasan yang baik di alam barzakh. Dan bagi mereka yang mengerjakan maksiat maka mereka akan diazab di alam barzakh. Sebagaimana sabda Nabi :saw :-

Åä ÑæÍ ÇáãÄãä ØÇÆÑ íÚáÞ Ýí ÔÌÑ ÇáÌäÉ ¡ íÃßá ãä ËãÇÑåÇ ¡ æÇáßÇÝÑ ÊÐåÈ ÑæÍå Åáì ÇáäÇÑ
dir="ltr">"Roh orang yang beriman adalah burung yang sangkut di pokok-pokok syurga,memakan buah-buahannya, dan Roh orang kafir akan pergi ke neraka"

Sebagai kesimpulan, alam Roh dengan Alam Dunia amat berbeza sekali. Kekesanan Alam Dunia kepada Alam Roh adalah sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith sahih iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermunafaat dan anak yang soleh yang mendo'akannya. Tidak ada gunanya pun kalau roh-roh ini dibenarkan pulang kalau ia tidak memunafaatkan diri mereka.
------------------------

Mengenai kesan orang yang meninggal sedangkan dia berpuasa, dalilnya terdapat didalam sebuah hadith yang sanadnya sahih menurut Syiekh NAsyiruddin al-Albani, Nabi :saw bersabda :-

ãóäú ÞóÇáó áÇ Åöáóåó ÅöáÇ Çááøóåõ ÇÈúÊöÛóÇÁó æóÌúåö Çááøóåö ÎõÊöãó áóåõ ÈöåóÇ ÏóÎóáó ÇáúÌóäøóÉó ¡ æóãóäú ÕóÇãó íóæúãðÇ ÇÈúÊöÛóÇÁó æóÌúåö Çááøóåö ÎõÊöãó áóåõ ÈöåóÇ ÏóÎóáó ÇáúÌóäøóÉó ¡ æóãóäú ÊóÕóÏøóÞó ÈöÕóÏóÞóÉò ÇÈúÊöÛóÇÁó æóÌúåö Çááøóåö ÎõÊöãó áóåõ ÈöåóÇ ÏóÎóáó ÇáúÌóäøóÉó
dir="ltr">"Barangsiapa yang berkata Laa ilaaha ill-Allah, menuntut akan wajah Allah dan itu merupakan perbuatan akhirnya, maka dia akan masuk syurga, dan barangsiapa yang berpuasa, menuntut akan wajah Allah dan itu merupakan perbuatan akhirnya akan masuk syurga, dan barangsiapa yang bersedakh menuntut wajah Allah dan itu adalah perbuatan terakhirnya akan masuk syurga" [Hadith Riwayat Imam Ahmad # 22813].

Ulama' mengulas hadith diatas sebagai, hanya mereka benar-benar beriman, apabila dia meninggal dunia sedangkan dia berpuasa, maka dia akan masuk syurga. WA.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين