SJ-13-0331 : Sunnah? : Kain & tegur

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0331 : Sunnah? : Kain & tegur

:salam

1) Kelihatan sesetengah 'org agama' terutamanya yg beraliran tradisional biasa membawa sehelai kain pelikat berlipat diletakkan di bahunya. Sunnah nabi ke tu? ke.. tariqat yg mandai2??

2) Ada ustaz yg menegur seseorg depan2 jemaah lain. Siap dia boleh proclaim lg, "saya kalau tegur depan2, x main blakang2 ni!". Setau saya, nabi kalau tegur depan2, hal2 umum je. Kalau specific satu2 org hanya bila takde org lain bg mengelak aib si yg ditegur tu. Apakah dalil berkaitan??

jzk
:wassalam

SJ-13-0331 : Sunnah? : Kain & tegur

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Tidak ada dijumpai dalam kitab2 syamail, tentang amalan meletakkan sehelai kain pelikat di atas bahu. Apa yang diamalkan oleh masyarakat cumalah adat setempat. Maka asal dalam berpakaian adalah harus, selagi tidak menyerupai orang2 kafir.

2) Menegur kesilapan adalah dituntut syarak, kerana "Agama adalah nasihat". Tetapi mestilah dengan cara yang syar'ie. Antaranya: tidak mengaibkan sesama muslim. Kerana Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa menutup (keaiban) saudara muslimnya, Allah akan menutup (keaibannya) di dunia dan akhirat".
HR: Ahmad (no: 7942) dinilai sahih oleh Hakim (no: 8159) dan Ibn hibban (no: 534).