Baru baru ini saya terbaca di wikipedia. Ada disebut antara tokoh tokoh hadith yang bermazhab Syafie ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmidzi, Imam Nawawi. Betul ke maklumat ni?
Sekiranya tokoh tokoh hadith ini mengikut mazhab apakah hukum untuk orang awam seperti kita bermazhab?
al-Jawab:
Zaman dahulu, zaman kemuncak perkembangan madzhab, maka terikatnya seseorang dgn madzhab merupakan suatu ijazah utk meyakinkan masyarakat ketika itu. Kemudian zaman kegemilangan perkembangan tareqat, maka mereka berlumba-lumba mengaitkan diri mereka dgn kumpulan tareqat. Tapi zaman kita, bila dah ada universiti, maka title MA Madinah, phD UIAM tu menggantikan title madzhab dan tareqat.
Zaman dahulu nama ulama tu ditulis begini.
Imam Muhyidin Syaraf anNawawi alSyafi'iy.
Imam Ibn Kathir al-Syafi'iy
(Title al-Syafi'iy itu melambangkan mereka mengutamakan metod Imam Syafi'iy dalam berfikih, itu aje. Ini kerana metod Syafi'iyah dianggap suatu ijazah yg muktabar dalam dunia fiqih. Ia macam suatu ijazah)
Sekarang:
Prof Dr Abdullah Yusof alQardhawi, phD alAzhar.
Mengulas dakwaan bahawa Imam Bukhari, Muslim dan Abu Isa atTermidzi mewakili madzhab Syafi'iy, hanyalah suatu tanggapan sahaja. Ini kerana ahli-ahli hadith yg besar dianggap berada dalam suatu bidang yg berasingan dari fiqih dan mereka boleh berdiri sendiri. Bila mereka menyusun kitab2 Himpunan hadith mereka mengikut tajuk-tajuk yg tersusun rapi, itu menunjukkan pendirian sebenar mereka dalam pelbagai bidang ilmu. Mereka sebenarnya sebuah madzhab...cthnya madzhab Imam alBukhari. Kalau kita cermati, al-Bukhari memang mempunyai banyak pendapat yang unik dan berdiri sendiri tanpa ada kaitan dgn madzhab syafi'iy
Adapun Imam Muhyidin Syarf anNawawi, memang gah dan masyhur sebagai penerus kepada madzhab Syafi'iy dan terbukti dalam karya-karyanya, tidak dapat disangkal lagi.
2. Jika tokoh-tokoh silam bermadzhab, apakah alasan kepada orang awam?
Ulama' besar bermadzhab tidak sama dengan orang awam bermadzhab. Ulama besar bermadzhab dalam memilih metod manakah yg paling baik untuk istimbath (menggali hukum dari nas). Bermadzhab bagi orang awam ialah ikut secara membuta tuli dan fanatik kepada madzhabnya. Buktinya, ulama' yg mengembangkan metod madzhab itu selalunya menyelisihi pendapat asal Gurunya.
Cth: Imam Abu Yusof banyak menyalahi pendapat Gurunya Imam Abu Hanifah, tonggak madzhab Hanafi.
Imam Nawawi juga menyelisihi Pendiri madzhab Syafi'iy dalam banyak isu.
Jadi orang awam sebenarnya dia tidak perlu bermadzhab kerana untuk bermadzhab anda hendaklah memiliki ilmu sebagaimana ulama-ulama dahulu bermadzhab. Mereka bermadzhab dgn pengetahuan yg kuat, manakala mana mungkin orang bermadzhab, sedangkan mereka tidak ada ilmu utk mengkaji metod atau cara mengeluarkan hukum. sekian
Ruj: Prof Muhammad Abu Zuhrah, Tarikh madzhaahib,
Prof Hasbi Siddiqiey, Pertumbuhan Ilmu Fiqh
Dr Abu Amina Bilal Phillips, History of Fiqh Development