:salam
Saya balik ke kampung sempena hari raya pada minggu lepas pada hari khamis(11 Okt) dan bertolak pulang pada hari isnin(15 Okt).
Saya keliru sama ada saya boleh solat jama' dan qasar atau tidak semasa berada di kampung kerana ada pendapat mengatakan bahawa 3 hari yg boleh jama' termasuk hari pergi dan balik.dan satu lagi pendapat mengatakan 3 hari itu tidak termasuk hari pergi dan pulang.akhirnya saya memilih utk solat seperti biasa.
Persoalannya adakah saya boleh solat jama' dan qasar memandangkan saya berada di kampung selama 3 hari(tidak termasuk hari pergi dan balik)?
Maaf tanya soalan yg ramai org dah tanya.Terima kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Berkata Syiekh Ibn Utsaimin rh :-
Dengan kata lain, jika seseorang itu ingin tinggal selama 3 hari (kurang 4 hari), bersama satu hari bertolak dan satu hari pulang, maka dia boleh melakukan Solat secara Qasar. Jumlah keseluruhan hari yang boleh solat diqasarkan adalah sebanyak 5 hari.
Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-
Maka, pandangan yang mengatakan 3 hari boleh mengasar solat tidak termasuk perjalanan pergi dan pulang adalah benar menurut Mazhab Syafie dan Maliki. WA.
wassalam
خيرالأمين