Assalamu'alaikum,
Adakah terdapat dalil yang mengatakan memakai serban akan dikurniakan pahala seperti pahala 70 orang yg mati syahid? Jika ada saya minta Ustaz THTL/Pendekar sertakan dalil tersebut.
Terima Kasih.
Jwb:
Isu serban sudah dibahaskan sebelum ini. Kita rumuskan memakai serban jika dikaitkan dengan fadhilat yg melampaui batas, maka ia sudah pasti hadis palsu (maudhu'), spt yg anda sebutkan itu, pakai serban sama dgn 70 syuhada'. Dari segi logik akal pun langsung tidak menasabah, seolah-olah darah syuhada' itu terlalu murah.
Serban atau sebarang tutup kepala sudah diiktiraf oleh uruf (budaya Islam sebagai simbol kemuliaan), tambahan pula bila dibawa solat, maka ia lebih terpuji kerana berhias kerana mengadap Allah swt. Sedangkan orang yg akan menyertai majlis Raja-raja di istana pun kena memakai dastar dan baju melayu lengkap, maka untuk mengadap Tuhan yg Maha Tinggi, sudah tentu amat baik sekali memakai tutup kepala.
Walaupun tidak dikaitkan dgn fadhilat, tapi memakai tutup kepala ini ketika solat adalah suatu fesyen yg dipuji dan disahkan oleh uruf. (Fatwa Imam Syaraf anNawawi, dan Fatwa alMadinah alMunawarah oleh Albani. WA