SJ-13-0360 : Pertandingan memancing dan judi nombor ekor...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0360 : Pertandingan memancing dan judi nombor ekor...

Assalamualaikum...
Ustaz, sy pernah mendengar yang pertandingan memancing juga termasuk dalam kategori judi. blh x ustaz terangkan berdasarkan dalil yang sah?
Wassalam.

SJ-13-0360 : Pertandingan memancing dan judi nombor ekor...

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Soalan ini memerlukan sedikit perincian, seperti berikut:

- Jika hadiah pertandingan dibiayai oleh pihak kerajaan atau pihak penganjur, maka hukumnya harus dan tiada unsur perjudian.

- Jika hadiahnya dibiayai oleh seorang atau beberapa individu yang tidak menyertai pertandingan, hukumnya juga adalah harus.

- Jika hadiah pertandingan diambil daripada yuran setiap peserta, maka dalam kes inilah berlaku khilaf antara ulama, kepada beberapa pendapat.

Jumhur ulama mengatakan haram, kerana ia satu bentuk perjudian. Sedangkan perjudian diharamkan secara nas dan ijmak. Kecuali dimasukkan dalam pertandingan itu seorang atau beberapa orang muhallil. Maksud muhallil ialah: mereka yang masuk pertandingan tanpa sebarang bayaran, tetapi apabila dia menang, dia layak menerima hadiah. Kemasukan peserta muhallil ini adalah untuk mengelak berlakunya judi.

Dalil haramnya pertandingan seperti ini dan menjadi harus dengan adanya muhallil ialah hadis Said Bin Musayyib daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa memasukkan seekor kuda (yg tidak mengeluarkan bayaran) antara dua kuda (yang mengeluarkan bayaran), sedangkan dia tidak selamat daripada dikalahkan olehnya, maka tidak mengapa".
Direkod oleh Ahmad (no: 10557), Abu Daud (no: 2581), Ibn Majah (no: 2876).

Pendapat kedua: mengatakan pertandingan seperti ini adalah harus kerana umum hadis yang membenarkan mengadakan perlumbaan, tanpa dijelaskan tentang perlunya ada muhallil.

Manakala hadis Abu Hurairah, ia dipertikaikan kesahihannya daripada Nabi SAW.
-Kata Abu Hatim: Ia adalah silap.....tidak wajar dikatakan ia daripada Nabi SAW. Paling-paling baik pun, ia adalah kata-kata Said bin Musayyib. (Ilal Ibn Abi Hatim 2/252).

Wallahu A'lam.

rujukan:
- Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 28/22.
- Al-Furusiyyah; Ibn Qayyim m/s 20.
- Al-Musabaqaat Wa Ahkamuha Fi al-Syariah m/s 76.