SJ-16-0013 : Nazar sumbangan utk tariqat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0013 : Nazar sumbangan utk tariqat?

:salam

Soalan ni spt satu ulangan, tapi kes spesifik ni saya perlukan kepastian. Ada sorang penceramah jemputan kat tmpt saya, pengajar tetap di sebuah sekolah pondok. Saya pernah niat nazar utk beri sejumlah wang yg agak signifikan utk disumbangkan ke sekolah pondok tuh.
Tapi, saya seolah2 dpt rasakan yg mereka ada unsur tariqat, terutamanya jenis tariqat yg 'mandai2 buat nas/hadith' yg slalu dpt sy detect melalui ceramah2 beliau (~byk dalil/hujahnya mengarut). Lalu saya batalkan niat nazar saya, sbb tak nak bersubahat. Berdosakah perbuatan sy membatalkan nazar itu? Perlu kafarah ke?

jzk

SJ-16-0013 : Nazar sumbangan utk tariqat?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Anda menyebut:

Quote:
Saya pernah niat nazar utk beri sejumlah wang yg agak signifikan utk disumbangkan ke sekolah pondok tuh.

Jika ia sekadar niat nazar, tidak dilafazkan secara lisan dalam bentuk ucapan nazar, ia bukanlah satu nazar. Kerana antara rukun nazar ialah: Sighah nazar (bentuk ucapan) dengan lafaz. Oleh itu, anda masih tidak diwajibkan apa-apa dalam kes ini. Dan tidak juga perlu membayar kaffarah nazar.

Dalilnya: Hadis "Sesungguhnya Allah memaafkan bagi umatku apa yang dibisikkan oleh jiwa mereka, selagi tidak berkata-kata dengannya atau beramal". Direkod oleh Bukhari (no: 4968) dan Muslim (no: 127).

rujukan:
-Raudhah Talibin; Imam Nawawi.
-Fatawa Lajnah Daemah.

Wallahu A'lam.