Ustaz thtl ,
Ni ada satu soalan drp pengunjung. Harap dijawab sebab Al-Fadhil Ustaz lebih 'alim daripada saya
From:
assalamualaikum,
mintak maaf sebab tak gunakan 'kemukakan soalan'. Atas sebab yg saya sendiri tak tahu, saya tak dpt menggunakan sebarang post dan reply dlm webiste al-ahkam.
Saya ada tanya soalan kpd Ustaz Zain tapi dia minta agar diajukan soalan ini kpd Ustaz pendekar atau THTL sebab dia sibuk.
soalan saya berkaitan bergerak ketika sembahyang melebihi 3 kali. Setahu saya tak boleh la kalau berturutan. Bagaimana pula kes kalau seseorang itu menggerakkan kepala (tidak anggota yg lain) mengikut alunan pembacaan surah didlm solatnya secara berterusan? Adakah ini membatalkan solatnya? Sekian. Wassalam. Harap maaf sekali lagi
soalan ini sebenarnya tiada jawapan dari AQ dan asSunnah. Imam Nawawi sendiripun menyerahkan kepada uruf (amalan setempat) mengenai pergerakan yg membatalkan solat. Orang ramai yg melihatnya adalah hakim yg baik untuk menentukan ia suatu pergerakan yg obvious (jelas) dan tidak sepatutnya dilakukan dlm solat. Kalau kita buka kitab madzhab hatta dalam madzhab Nusantara sendiripun akan kita dapati variasi dalam pendapat para fuqaha'. Secara umum, dalam madzhab Syafi'iy ialah pergerakan angguta berat spt kaki. kepala, tangan secara 3X secara berturutan, membatalkan solat. Maka kalau diukur mengikut syarat Syafi'iyah ini, seseorang yg menggoyangkan kepala mengikut alunan bacaan Imam itu dianggap batal kerana kepala itu adalah anggota berat. (Prof Hasbi Siddiqiey, Hukum Fiqh Islam Vol 4). WA