:salam
1) Petikan daripada sebuah artikel di The Star Sunday February 10, 2008:-
Little Velerie needs half a million ringgit for life-saving ops
...Donations can be sent by cheque to Skudai Catholic Centre Johor Baru, Parish Office for Human Development, or banked into Public Bank account 314 628 5324.
...
Bolehkah kita muslim beri derma melalui pertubuhan keagamaan seperti di atas, atas dasar ingin menolong dan bersangka baik?
2) Saya pernah dengar drpd ramai penceramah terkenal bhw kalau ada org datang minta derma, kita beri sahaja tanpa banyak soal. Maksudnya, sifat pemurah perlu ada hatta jika si peminta derma/sedekah itu seorg yg tak kelihatan spt org miskin/susah. Konsepnya, bagi sahaja dan jangan bersangka buruk...
Satu kes di tempat saya nih, kengkadang ada bebudak sekolah (bukan Islam) datang minta derma utk hospital la, welfare la, mcm2. Ada antara jiran2 saya kata diorang ni sebenarnya minta derma utk bina kuil la, gereja la, missionary la, dsb. Patutkah saya derma sahaja atas dasar 'omongan jiran tanpa bukti' dan ikut petunjuk penceramah spt di atas, atau bo layan?
Al-hamdulillah....
al-Jawab :
Islam adalah agama yang toleransi dan ia menggalakkan umatnya untuk bertoleransi dengan sesiapa sahaja hatta kepada orang kafir juga selagi mana mereka tidak memerangi umat Islam.Ini adalah sebagaimana firman Allah swt dalam Al-Quran surah al-Mumtahanah ayat 8 :
áÇ íóäúåóÇßõãõ Çááøóåõ Úóäö ÇáøóÐöíäó áóãú íõÞóÇÊöáõæßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö æóáóãú íõÎúÑöÌõæßõã ãøöä ÏöíóÇÑößõãú Ãóä ÊóÈóÑøõæåõãú æóÊõÞúÓöØõæÇ Åöáóíúåöãú Åöäøó Çááøóåó íõÍöÈøõ ÇáúãõÞúÓöØöíäó
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana Agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.”
Cumanya dalam bab sehingga kepada menolong dan memberi sumbangan kepada agama lain yang tidak diiktiraf Allah swt sebagai agama , adalah satu perbuatan yang salah dan tidak diterima oleh Allah swt.Sikap toleransi Islam tiidak sampai kepada mengiktiraf agama lain.Maka hendaklah kita sebagai umat Islam tidak boleh mengiktiraf dan mengakui agama lain apatah lagi dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu dan melancarkan pergerakan agama tersebut.
Ini adalah berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-kaffirun ayat 6 :
áóßõãú Ïöíäõßõãú æóáöíó Ïöíäö
“bagi kamu agama kamu dan bagiku agama ku (Islam)”
Juga firman Allah swt :
æóãóäú íóÈúÊóÛö ÛóíúÑó ÇáÅöÓúáÇãö ÏöíäðÇ Ýóáóäú íõÞúÈóáó ãöäúåõ æóåõæó Ýöí ÇáÂÎöÑóÉö ãöäó ÇáúÎóÇÓöÑöíäó
“Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.”(Ali Imran : 85)
Sesungguhnya agama yang hanya diterima Allah swt adalah agama Islam sahaja.Sebagaimana firman Allah swt :
Åöäøó ÇáÏøöíäó ÚöäÏó Çááøåö ÇáÅöÓúáÇóãõ
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Alli Imran : 19)
Maka sebagai kesimpulan , adalah tidak dibolehkan kita menderma dan membantu kepada pertubuhan agama selain Islam bagi melancarkan pergerakan dan operasi agama tersebut.
Bagi menjawab persoalan kedua pula :
Memang benar seperti yang dikatakan oleh ustaz tersebut bahawa kita disuruh untuk membuat keputusan atau pertimbangan secara zahir sahaja tanpa membuat sangkaan buruk dan sebagainya samada ingin menderma atau tidak berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah saw dibawah :
Di zaman Rasulullah saw , terdapat satu kisah bagaimana 2 orang sahabat telah datang bertemu dengan Baginda saw dan menceritakan masalah yang menimpa mereka dengan tujuan untuk memohon sedekah / zakat daripada Rasulullah saw…Kemudian , Rasulullah saw telah memandang mereka berdua dengan pandangan yang penuh dengan kehairanan.. begitu juga Rasulullah saw mendapati bahawa mereka berdua mempunyai tenaga dan masih kuat…Maka Rasulullah saw pun berkata , jika aku mahu , aku akan berikan kepada kamu….(berdasarkan cerita kamu ) , Sesungguhnya zakat / sedekah tidak boleh kepada yang kaya dan yang mempunyai keupayaan.
Hadis SAHIH riwayat Ahmad (no: 17291) , Abu Daud (no:1633) , An-Nasai (no:2598). Berkata Ibnu Abd Hadi , Hadis ini sahih dan perawinya dipercayai ( siqah )
PENGAJARAN HADIS :
1. Hadis ini menjadi dalil bahawa sedekah tidak boleh diberikan kepada 2 golongan iaitu yang kaya dan yang mempunyai keupayaan / tenaga / kemampuan untuk mencari rezeki.
2. Hadis ini juga menjadi dalil kepada kita bahawa kita berhak untuk memberi atau tidak memberi kepada seseorang yang datang kepada kita mengadu masalah dan meminta derma atau sedekah.
3. Zahir hadis ini yang dapat diambil dari potongan ( Åä ÔÆÜÜÜÊãÇ ÃÚØíÜÜÜÜÊßãÇ ) ialah “Jika Rasulullah saw ingin memberi , dia akan memberikan sedekah yang diminta oleh 2 sahabat tersebut berdasarkan kepada apa yang diceritakan oleh sahabat tersebut…Akan tetapi , kehadiran 2 orang sahabat tersebut menimbulkan tanda Tanya pada Rasulullah kerana mereka berdua mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk mencari rezeki…..Akan tetapi Rasulullah saw tetap juga member mereka berdua sedekah atas dasar hajat /masalah yang diceritakan oleh 2 orang sahabat tadi… Ini adalah berdalilkan kepada sebuah hadis yang menyebut bahawa Rasulullah saw berhukum dengan apa yang Rasulullah saw dengar… Berhukum dengan apa yang zahir , dan selebihnya (perkara batin / hakikat sebenar ) diserahkan kepada Allah swt.
4. Hadis ini juga menjadi dalil , boleh untuk kita mendengar dan mempercayai kata-kata dari seseorang yang meminta pertolongan / sedekah dari sudut berhukum kepada yang zahir.Kemudian terpulang kepada kita untuk menderma atau tidak.
WA
Ruj :
Taudhih al-Ahkam min Bulughul maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam.
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com