SJ-12-0257 : respon kpd maria al-qibti

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0257 : respon kpd maria al-qibti

Mariah al-Qibtiyya ( ãÇÑíÉ ÇáÞÈØíÉ) adalah hamba sahaya Rasullullah SAW yang telah dihadiahkan oleh al-Muqauqis dari Mesir dan merupakan Ibu kepada Ibrahim anak Nabi SAW.

Setelah kewafatan Baginda SAW, Mariah r.a telah menjadi orang yang merdeka dan wafat pada zaman Khalifah Umar r.a

Mereka yang menyebut bilangan isteri Nabi SAW seramai 11 orang, memasukkan Mariah r.a secara taghlib bukan secara hakiki.

Wallahu a3lam

di atas adalah jwpn dari thread ini
klik
soalan:
1]nabi bernikah dgn hamba dgn akad nikah atau tanpa akad nikah?
2]nabi berkahwin dgn aisyah anak abu bakar,sape yg mengakadkan nabi?abu bakar kah?atau nabi sendiri melafazkan ijab dan kabul?
3]ape itu taghlib?

sepanjang pembacaan saya terhadap sirah nabi,soalan-soalan diatas tidak pernah saya ketemui.terima kasih.

SJ-12-0257 : respon kpd maria al-qibti

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

1. Islam membenarkan orang lelaki yang memiliki hamba perempuan untuk melakukan hubungan seksual dengan hambanya itu tanpa perlu akad nikah. Begitu juga dengan Nabi SAW yang memiliki hamba perempuan boleh melakukan hubungan seksual dengan hambanya itu tanpa perlu akad nikah.

Firman Allah SWT (23:5-6) :

æóÇáøóÐöíäó åõãú áöÝõÑõæÌöåöãú ÍóÇÝöÙõæäó ÅöáøóÇ Úóáóì ÃóÒúæóÇÌöåöãú Ãóæú ãóÇ ãóáóßóÊú ÃóíúãóÇäõåõãú ÝóÅöäøóåõãú ÛóíúÑõ ãóáõæãöíäó

"Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak terceIa."

Pada zaman dahulu, hamba diperolehi dari tawanan perang dengan orang kafir. Tetapi sekarang, sistem hamba telah dihapuskan dan tidak ujud lagi sistem ini.

2. Abu Bakar r.a yang telah menikahkan Nabi SAW dengan Aisyah r.a, bukan Nabi SAW melafazkan ijab dan qabul sendirian. Lihat kisah perkahwinan Aisyah r.a dalam Musnad Ahmad hadis no. 24587.

Dan sebagai tambahan: UMUR AISHAH R.A. SEMASA BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH:
http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/umreaisyah.htm

3. Sila lihat maksud taghlib:
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=35120

Wallahu a3lam

Rujukan:
- Musnad Ahmad
- Fathul Bari