- Berkenaan hukum berlunjur atau terlentang dalam masjid, terdapat hadis yang menunjukkan ia harus. Daripada Abdullah bin Zaid Al-Mazini,
Maksudnya: Dia melihat Rasulullah SAW berbaring terlentang di dalam masjid sambil meletakkan salah satu kakinya ke atas kaki yang satu lagi.
Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 463) dan Sahih Muslim (no: 2100).
- Berdasarkan hadis ini, ulama mengambil hukum HARUS berbaring sambil terlentang dalam masjid selagi kedudukan seperti itu tidak menyebabkan terdedah aurat.
- Para ulama yang mengharuskan kedudukan seperti itu tidak memperincikan samada kakinya menghadap kiblat ataupun ke arah lain. Kerana tidak ada nas yang melarang daripada menghadapkan kaki ke arah kiblat.
Di dalam fatwa Lajnah Daemah KSA, "Tidak menjadi kesalahan atas seorang muslim melunjurkan kedua-dua kakinya atau salah satu kakinya ke arah kiblat. Samada di dalam masjid atau di luar masjid". (6/295)
Wallahu A'lam.
Rujukan: - Syarah Sahih Muslim 14/77-78 - Ahkam Al-Masaajid oleh Albani m/s 239. - Fatawa Lajnah Daemah
- Berkenaan hukum berlunjur atau terlentang dalam masjid, terdapat hadis yang menunjukkan ia harus. Daripada Abdullah bin Zaid Al-Mazini,
Maksudnya: Dia melihat Rasulullah SAW berbaring terlentang di dalam masjid sambil meletakkan salah satu kakinya ke atas kaki yang satu lagi.
Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 463) dan Sahih Muslim (no: 2100).
- Berdasarkan hadis ini, ulama mengambil hukum HARUS berbaring sambil terlentang dalam masjid selagi kedudukan seperti itu tidak menyebabkan terdedah aurat.
- Para ulama yang mengharuskan kedudukan seperti itu tidak memperincikan samada kakinya menghadap kiblat ataupun ke arah lain. Kerana tidak ada nas yang melarang daripada menghadapkan kaki ke arah kiblat.
Di dalam fatwa Lajnah Daemah KSA, "Tidak menjadi kesalahan atas seorang muslim melunjurkan kedua-dua kakinya atau salah satu kakinya ke arah kiblat. Samada di dalam masjid atau di luar masjid". (6/295)
Wallahu A'lam.
Rujukan:
- Syarah Sahih Muslim 14/77-78
- Ahkam Al-Masaajid oleh Albani m/s 239.
- Fatawa Lajnah Daemah
http://abuumair1.wordpress.com