SJ-13-0487 : Keliru Tentang Hak Dalam Islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0487 : Keliru Tentang Hak Dalam Islam

:salam

saya ada persoalan mengenai hak dalam islam. perkara ini menjadi kekeliruan pada seseorang. saya mengenali seseorang yang amat menjaga hak dalam islam.

1. hinggakan lampu jiran disebelah rumah yang menerangi rumah kita 9waktu malam) atau mendapat manafaat dari lampu jiran tersebut perlu mendapat izin dahulu. jadi kehidupannya namapak agak payah diwaktu malam kerana tidak mahu mengambil hak orang lain (lampu tadi)..

2. sekiranya dia teringat sesuatu perbuatan yang salah diwaktu lampau seperti mengambil buah mangga orang lain di zaman kanak-kanak nya, dia akan mengulangi perbuatannya semula kerana tidak mahu melibatkan hak orang lain seawaktu dia menjalankan sesuatu tugas.

3. sekiranya terguna atau terpakai hak orang lain seperti telah masuk ke tanah orang lain sewaktu berjalan atau menaiki kenderaan, dia akan mengulangi semula jalan tersebut bagi 'membetulkan' jalanya.

4. hinggakan dalam pandangan mata juga tidak boleh melintasi tanah orang lain. seperti melihat sesuatu yang jauh dengan melintasi jarak pandangan itu atas tanah orang lain.

5. azan dari surau atau masjid seboleh boleh tidak dijadikan landasan masuknya waktu sembahyang dan lebih merujuk kepada radio untuk mengetahui masuk waktu sembahyang kerana azan tersebut melintais tanah orang lain.

6. sekira yang menegurnya atua memberi nasihat kepadanya itu , diketahui tentang tempat tinggal seperti tinggal di tanah orang atau setinggan, maka dia macam ambil masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan kerana baginya orang itu tinggal ditanah yang tidak sah.

saya dan ramai lagi telah menegur bahawa dalam isu hak dalam islam ini tidaklah se extreme yang diamalkan dan kami tiada mempunyai pengetahuan agama yang mendalam hanya sekadar pemehaman orang biasa (awam). tetapi dia berpegang bahawa hak orang lain kena minta izin dahulu barulah boleh digunakan.

sekiranya ustaz membaca artikel saya ini menanyakan samada dia senang keluar rumah, saya boleh katakan bahawa kehidupannya nampak susah dalam mengerjakan kerja kerja harian.

pemeahaman begini bukannya baru tetapi sudah lama dan dia tidak mahu mendengar kata kami. jadi pohon bantuan dari segi ilmu bagaimana nak berdepan dgn orang sebegini dengan nas dan dalil. dan sekiranya terdapat mana-mana individu yang ingin membantu, saya ingin menghubungi kerana individu ini perlukan bantuan dari orang alim.

cerita saya ini bukannya rekaan malah kami memerlukan bantuan, hanya deskripsi jalan cerita itu olahan saya supaya ianya lebih terang maksud yang ingin disampaikan.

selain dari itu, dia ini memang ada masalah was-was. saya bukan berniat memburukkan orang tetapi berikhtiar untuk menerangkan atau meyalurkan bantuan kepadanya.

:aklam

SJ-13-0487 : Keliru Tentang Hak Dalam Islam

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Syariat Islam tidaklah memberatkan umatnya dengan perkara-perkara yang disebutkan di atas. Apa yang dibimbangi ialah lahirnya penyakit WAS WAS dalam amalan seharian berpunca daripada pemahaman yang salah tentang hukum feqah.

- Contoh-contoh yang disebutkan di atas, penuh dengan kemusykilan. Memang Islam menjaga hak setiap manusia. Tetapi tidak menjurus kepada masyaqqah, sehingga tidak boleh memandang kepada rumah orang lain, kereta orang lain, tanah orang lain, tidak boleh dengar azan sebab suara bilal melintasi tanah orang lain.

- Kesimpulan, Islam adalah agama pertengahan yang tidak mengajak umatnya kepada perkara-perkara yang tidak masuk akal. Fahamilah agama secara betul, dan elakkan waswas.

Wallahu A'lam.