SJ - 2139 : DUDUK BERSILANG KAKI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ - 2139 : DUDUK BERSILANG KAKI

:salam
:confused:

Saya ada dengar perbuatan bersilang kaki adalah tidak elok kerana itu merupakan perbuatan syaitan. Pernah beberapa kali saya ditegur terutama di dalam masjid. Betulke pendapat ini?

:wassalam

Re: SJ - 2139 : DUDUK BERSILANG KAKI

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Al-Fadhil Saudara

The Latest Moderator Of Al-Ahkam . Masalah duduk bersilang kaki termasuk di dalam kategori masalah keduniaan , kebiasaan , adat dan kehidupan . Dan masalah tersebut sebagaimana masalah lain daripada kategori yang sama adalah HARUS pada asalnya ( hukum asalnya adalah harus ) . Dan keharusan ini boleh bertukar menjadi hukum selainnya apabila terdapatnya sebab-sebabnya sebagaimana dibincangkan secara panjang-lebar melalui Ilmu Usul Fiqh dan Al-Qawa’id Al-Fiqhiah .

Namun , duduk bersilang kaki bukanlah budaya asal orang kita ( Melayu ) dan bukanlah juga budaya masyarakat Arab . Oleh itu tidak pelik kalau ada orang-orang Melayu ( khasnya orang-orang tua ) yang menegur perbuatan yang seperti itu , sebab ianya dipandang “kurang manis” di dalam budaya kita .

Tetapi , di dalam majlis besar-besar ( rasmi ) , sudah tentu duduk seperti itu tidak dipandang hina ataupun ‘aib.

Masyarakat Arab , khasnya orang-orang Mesir sendiri memandang bahawa duduk bersilang kaki itu adalah ‘aib dan memalukan . Kerana itulah orang-orang Mesir akan mengatakan kepada orang yang duduk begitu : “ Yabni ! Kidah HaramHoh ! “
( íÇ ÇÈäí ßÏå ÍÑÇã åæå !!! )


Ertinya : Wahai anakku ( pemuda ) ! Duduk camni HARAM ! ( Haram di sini ertinya ‘aib ataupun memalukan ) .

Saya percaya kalau di UK Saudara

ditegur , sudah tentu ditegur oleh masyarakat Arab , walaupun berlunjur kaki ( menurut budaya Arab ) tidaklah terlarang ! .

Dan bagi masyarakat kita khasnya , sudah tentu duduk berlunjur kaki dan bersilang kaki merupakan satu perbuatan yang biadap , lebih-lebih lagi di dalam masjid-masjid ataupun surau-surau , apatah lagi kalau di hadapan guru yang mengajar .

Ertinya , duduk bersilang kaki yang itu bersalahan dengan adat-kebiasaan kita .

Saya masih belum bertemu dengan mana-mana hadist yang secara tepat membahaskan masalah larangan ini , oleh itu saya tidak berani untuk mengatakan ianya adalah haram berdasarkan dalil-dalil tertentu.

Yang penting ialah menjauhi sifat takabuur dan bangga diri , yang mana biasanya duduk bersilang kaki itu mencerminkan sikap takabbur dan bangga diri , yang tidak dibenarkan oleh Islam . Maknanya , kalau disertai dengan niat untuk takabbur ataupun bangga diri , sudah tentu ianya terlarang .

Tetapi kalau ianya sudah menjadi trend , seperti di dalam majlis-majlis elit dan tidak pula orang yang melakukannya itu berniat sedemikian ( Cuma dah terbiasa begitu ) , maka ianya kembali kepada hukum asalnya iaitu HARUS .

Dan walaupun hukum asalnya adalah HARUS , akan tetapi bukan semua benda yang harus boleh dilakukan sewenang-wenangnya , termasuklah duduk sedemikian rupa di dalam majlis-majlis pengajian agama .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
28 / Syawal / 1423 H
2 / Januari / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum