SJ-13-0535 : Gelaran haji dan hajjah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0535 : Gelaran haji dan hajjah

Assalamualaikum ustaz,

Diharap dapat ustaz jelaskan mengenai gelaran haji dan hajjah. Bagaimana penggunaan gelaran tu, contoh, Haji Azlan.

Terima kasih.

albaruhiyy (not verified)
SJ-13-0535 : Gelaran haji dan hajjah

Waalaikumusalam

Asalnya, tidak menjadi satu kesalahan menggelarkan seseorang atau dirinya sendiri dengan sesuatau yang ia suka. Dengan syarat tiada unsure riya’ dan ujub. Sebaliknya juga, haram kita menggelarkan seseorang dengan sesuatu yang dibenci olehnya seperti digelar si bongkok, si tempang, si juling, si kambing dan seumpamanya, kecuali untuk tujuan memperkenalkan kepada orang lain.
Firman Allah Taala [al-Hujurat : 11] :
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.

Imam al-Nawawi berkata :
æÇÊÝÞæÇ Úáì ÇÓÊÍÈÇÈ ÇááÞÈ ÇáÐí íÍÈå ÕÇÍÈå Ýãä Ðáß ÃÈæ ÈßÑ ÇáÕÏíÞ ÇÓãå ÚÈÏ Çááå Èä ÚËãÇä æáÞÈå ÚÊíÞ
Maskudnya : Dan ulama bersepakat bahawa sunat menggelarkan seseorang dengan apa yang disukainya. Antaranya seperti Abu Bakar al-Siddiq. Namanya ialah Abdullah bin Uthman dan gelarannya pula Atiq. [al-Majmuk 8/441]

Maka jelaslah, harus gelarkan haji atau hajah selama mana tiada riya’ dan ujub.