SJ-13-0549 : Bidaah kah ucapan-ucapan ini?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0549 : Bidaah kah ucapan-ucapan ini?

:salam

Adakah ia bidaah bila kita ungkapkan kata2 spt ini...

1.Selamat menunaikan ibadah puasa
2.Selamat menunaikan ibadah(tika masuk waktu solat)
3.Selamat menunaikan haji dn umrah
4.Selamat menunaikan solat

dan kata2 ini diungkapkan bila masanya tiba cam solat,puasa,zakat dn haji..
kalau solat ia mungkin diulang lima kali sehari

Mohon pencerahan

:wassalam

SJ-13-0549 : Bidaah kah ucapan-ucapan ini?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Ungkapan-ungkapan seperti itu, bukanlah satu bidaah. Kerana ia bukanlah satu bentuk ibadah rekaan hingga boleh dilabelkan sebagai bidaah.

Cuma, kena lihatlah dari sudut kesesuaiannya. Sepatutnya, lafaz setiap ucapan mestilah bersesuaian dengan keadaan.

Contohnya:

1- Untuk ucapan masuk bulan puasa.

Ada satu hadis berkenaan 'tahniah masuk bulan Ramadhan'. Iaitu pada hari terakhir Syaaban Nabi Sallallahu Alaihi bersabda:

ÃíåÇ ÇáäÇÓ ÞÏ ÃÙáßã ÔåÑ ÚÙíã ÔåÑ ãÈÇÑß ÔåÑ Ýíå áíáÉ ÎíÑ ãä ÃáÝ ÔåÑ

Maksudnya: Wahai manusia. Telah datang kepada kamu bulan yang agung lagi diberkati. Bulan yang ada dalamnya malam yang lebih baik dari seribu malam.
Direkod oleh Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 1887). Cuma ada pertikaian muhadditsin pada penilaian hadis ini.

Ibn Rajab berkata, "Hadis ini adalah asal bagi amalan ucapan tahniah sempena masuk bulan Ramadhan".

2. Ucapan kepada orang mahu pergi haji.

Ada satu hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengucapkan kepada seorang lelaki yang mahu pergi haji:

ÒæÏß Çááå ÇáÊÞæì ææÌåß Ýí ÇáÎíÑ æßÝÇß Çáåã

Direkod dalam Mukjam Kabir Tabarani (no: 13151)

3. Ucapan kepada orang balik haji.

Dalam hadis yang sama di atas, apabila balik haji, baginda mengucapkan:

ÞÈá Çááå ÍÌß æßÝÑ ÐäÈß æÃÎáÝ äÝÞÊß

Diriwayatkan juga bahawa Ibn Umar mengucapkan kepada orang yang pulang dari haji dengan ucapan:

ÊÞÈá Çááå äÓßß æÃÚÙã ÃÌÑß æÃÎáÝ äÝÞÊß

Direkod oleh Ibn Abi Syaibah (no: 15814)

Ada beberapa lagi situasi yang terdapat hadis dan atsar tentang ucapan tahniah. Seperti:
- ucapan kepada orang yang dapat anak baru.
- ucapan kepada orang yang sembuh dari sakit.
- ucapan kepada orang yang balik dari berperang.
- ucapan kepada orang yang baru kahwin.
- ucapan pada hari raya.

Cuma, kami belum menjumpai tentang ucapan tahniah selepas setiap kali sembahyang.

Wallahu A'lam.