:salam
Kalau kita beli barang di kedai, beli barang bukan makanan macam cat, gam, dsb apakah hukum asas barang tersebut.
Sebab macam confuse sikit, kita diminta berwaspada terhadap barang-barang kegunaan kita, tetapi dalam masa yang sama diminta untuk tidak menyelidik/terlampau berhati-hati.
-Seriau kalau barang import i.e gam, dakwat pena dll.
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Perkara-perkara yang bukan ibadat atau akidah, asal hukumnya adalah mubah atau harus. Kaedah yang selalu digunakan - ÇáÃÕá Ýí ÇáÃÔíÇÁ ÇáÅÈÇÍ - "Asal sesuatu itu Mubah/harus/boleh". Syiekh Muhammad bin Jamil Zainu menyebut :
Selagi tiada bukti wujudnya perkara haram didalamnya, maka hukumnya harus. Contohnya setelah membaca isi kandungan yang tertera pada botol dakwat tersebut dan mendapati tiada terdapat benda-benda haram, maka berbaliklah hukum asalnya, iaitu Harus.
Akan tetapi, kalau wujudnya bahan yang hukumnya tidak jelas, atau masih diperingkat perbincangan, maka bahan tersebut dinamakan syubhat. Sabda Nabi :saw :-
Syubhat (samar) sebagaimana yang dinyatakan diatas memperlihatkan hukum yang masih didalam perbincangan atau pertentangan, maka menjauhinya adalah sifat yang wara'. Sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith tersebut bahawa “barangsiapa menjaga dirinya dari yang samar-samar itu, bererti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya”.
Syeikh Ibn Utsaimin rh ketika mensyarahkan hadith diatas (Syarah Hadith 40) menjelaskan "Sesungguhnya adalah perlu bagi manusia apabila bertemu perkara yang samar-samar perintahnya antara Halal atau Haram, maka hendaklah dia menjauhinya sehingga jelas dalil kehalalannya."
Kesimpulannya, setiap perkara yang bukan ibadat atau akidah adalah harus hukum asalnya, sehingga terdapatnya dalil yang mengharamkannya. Akan tetapi jika wujudnya 'barangan' yang samar-samar hukumnya, adalah lebih baik ia meninggalkannya. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين