Assalamualaikum,
saya ada kemusykilan berkenaan adakah orang kafir juga menerima hukum hudud.
perkara ni timbul lepas saya ada terbaca sebuah hadith dlm buku yang menerangkan pasal perlaksanaan hukum rejam zina.
diriwayatkan Rasulullah S.A.W. pernah merejam seorang Yahudi yang berzina dengan seorang perempuan Muslim.
jika benar, adakah ia hukum yang hanya wujud dalam konteks hukuman Had Zina atau termasuk hukum2 Had lain?
Dan bagaimana pula dengan maksud Ayat 42 Surah Al-Maidah?
Harap dapat beri penjelasan .
Segala perhatian Ahli panel saya dahului dengan jutaan terima kasih.
:salam
Al-hamdulillah , Segala puji bagi Allah dan Rasul SAW.Insya Allah kami akan cuba menjawab sekadar kemampuan.
Perkara ini sebenarnya adalah merupakan perkara yang diperselisihkan penentuannya antara Fuqaha.
Secara ringkasnya , Orang-orang Islam dan golongan Zimmi yang menjadi rakyat kepada negara Islam adalah terikat dengan undang-undang Jenayah Islam walau dimana pun mereka berada .Ini kerana orang Islam dengan Pengislamannya dan orang-orang zimmi dengan perjanjian zimmahnya.Perjanjian tersebutlah yang membuatkan seorang zimmi itu terikat dengan hukum-hukum Islam dalam perkara mu’amalat dan ‘Uqubat.Melalui perjanjian itu juga seorang zimmi itu diiktiraf sebagai rakyat Negara Islam yang membolekan ke semua pembalasan hudu dilaksanakan ke atasnya kecuali minum arak kerana arak menurut akidah mereka adalah halal.
Maka dengan sebab itu , kedua-dua golongan tersebut adalah terikat dengan Undang-undang Islam dan mereka tidak akan terlepas dari ikatan itu sekalipun mereka berada di luar kawasan kekuasaan Negara Islam tersebut.
Lantaran itu , jika salah seorang di antara mereka melakukan apa sahaja kesalahan di negara Asing iaitu diluar daripada kekuasaan negara Islam tempat ia bermaustatin seperti zina , mencuri dan sebagainya , apabila ia kembali ke negara tempat tinggalnya iaitu negara Islam , ia akan dikenakan hukuman jika kesalahannya dapat disabitkan.Inilah pendapat jumhur fuqaha selain daripada Fuqaha Mazhab hanafi.
Cuma dalam bab Zina ini juga ada sebahagian Fuqaha Maliki berpendapat pesalah bukan Islam tidak sepatutnya dijatuhkan hukuman hudud.Malah ia mengkehendaki diserahkan kepada ahli agamanya untuk menentukan hukuman baginya berdasarkan kepercayaan agama mereka.Pendapat ini berdasarkan kepada perbuatan Umar dan Ali r.anhuma yang telah menyerahkan 2 orang penzina Zimmi ,lelaki dan perempuan kepada ahli agamanya.
Walaubagaimana pun , perdapat yang paling rajih mengikut kebanyakan ulama Mutaakhirin ialah pesalah zina yang bukan Islam juga akan tetap dihukum / dihududkan berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah saw yang pernah menghukum pesalah zina dari kalangan Yahudi.
WA
Ruj :
Abd.karim Zaidan , Ahkam al-Zimmiyyin.
Abd Qadir ‘Audah , al-Tasyri’ al-Jina’ie al-Islami.
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com