Salam,
Menurut akh Izrail;
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=37042
Seseorang musafir boleh melakukan jama' dan qasr walaupun telah sampai ke kampung tempat kelahirannya atau tempat ibu bapanya membesar.
THTL:
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=34745
Sepatutnya anda hanya solat qasar sahaja dan bukannya jama' ketika berada di rumah mertua anda di Marang. Bolehnya anda solat qasar itu adalah pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah. Manakala pendapat madzhab spt Syafi'iy dan Hanafi, anda dikehendaki solat secara tamam (sempurna) bila berada di kampung isteri anda kerana kampung isteri sudah menjadi watan asli buat anda. maksudnya anda hilang status musafir bila pulang ke kampung isteri anda.
Adakah maksudnye bila balik ke Kampung saya, saya boleh jamak+qasar,tetapi isteri hanya QASAR sahaja? Macam advantage pulak balik kampung sendiri ::lol:
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Kita berbalik kepada definisi yang di berikan oleh Ustaz Izrail (Dr Ahmad) :-
Jika seseorang itu telah berniat untuk tinggal di tempat tinggalnya (misalnya KL) sekarang, maka tempat membesarnya (misalnya JB) bukan lagi menjadi watan aslinya lagi. Maka bolehlah dia mengqasarkan solat semasa disana.
Didalam kes ke 2, jika isteri tunggal atau isteri kedua mendiami di rumah ibu bapa mereka di Marang, maka Marang masih lagi menjadi watan asli, dan tidak boleh mengasarkan solat disana. Sahabat anda ini dikatakan mempunyai 2 watan asli. Akan tetapi, jika isteri tinggal bersama anda dan berniat tidak akan berpindah, maka rumah mertua anda bukan lagi menjadi watan asli. Maka anda boleh melakukan solat jama’ dan qasar disana. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين