SJ-05-0504 : Bacaan Iktidal

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0504 : Bacaan Iktidal

:salam

Saya ada terbaca satu hadis dan maksudnya lebih kurang macam ini

"semasa solat berjemaah Rasulullah bangun iktidal dan menyebut samiallah....., lepas tu ada seorang sahabat menyebut hamdan kathiran tayyiban mubarakan fiih ... dab Rasulullah suka dengan apa yang disebut oleh sahabat tadi

soalannya

1) boleh tolong berikan maksud penuh hadis tersebut dan kalimah arab untuk lafaz "hamdan katheeran ....." supaya dapat menyebutnya dengan makhraj yang betul

2) Bolehkah lafaz "hamdan katheeran...." tersebut disebut semasa solat bersendirian kerana dalam peristiwa hadis tersebut, sahabat berkenaan menyebutnya dalam solat berjemaah?

3) Jika sebutan tersebut hanya untuk solat berjemaah.... adakah kita boleh menambah lafaz tersebut semasa iktidal dalam solat sunat?

jawapan daripada panel al-ahkam amatlah dihargai

sekian, terima kasih

:wassalam

Re: Bacaan Iktidal

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

1- Lafaz penuh bacaan tersebut ialah:

ربنا ولك الحمد حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian, dengan sebanyak-banyak pujian yang baik lagi diberkati padanya.

2. Kata Imam Nawawi, bacaan tersebut disunatkan samada bagi imam, makmum dan orang bersolat sendirian.(Al-Azkar, hlmn: 55).

Walaupun kisahnya berlaku dalam solat jemaah, tetapi tidak bermakna ia hanya khas pada solat jemaah. Kerana sebutan solat jemaah dalam kisah ini bukan satu elemen yang memberi kesan untuk mengkhaskan perkara ini. Di dalam ilmu Usul, ia dinamakan sebagai sifat thardiyyah.

Kalau kita mengambil kira semua elemen-elemen yang disebut dalam hadis ini, termasuk yang thardiyyah, maka zikir ini hendaklah dikhaskan jika bersolat di Masjid Nabawi sahaja, dan ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjadi imam sahaja. Kerana zikir ini dibaca oleh sahabat ketika berimam dengan Nabi di masjid baginda.

Oleh kerana elemen2 itu adalah sampingan, maka kita tidak boleh mengkhusukan seperti tersebut.

3. Boleh dibaca samada solat fardhu atau sunat.

Wallahu A'lam.