Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Firman Allah swt didalam Surah al-Nisa’ ayat 59 :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. “
Ayat ini mengisahkan mengenai Abdullah bin Hudhafah bin Qays bin ‘Adi yang telah dihantar oleh Nabi :saw didalam expedisi tentera. Dari 'Ali r.a. dia berkata :
بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَرِيَّةً وَاسْتَعْمَلَ عَلَيْهِمْ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ وَأَمَرَهُمْ أَنْ يَسْمَعُوا لَهُ وَيُطِيعُوا فَأَغْضَبُوهُ فِي شَيْءٍ فَقَالَ اجْمَعُوا لِي حَطَبًا فَجَمَعُوا لَهُ ثُمَّ قَالَ أَوْقِدُوا نَارًا فَأَوْقَدُوا ثُمَّ قَالَ أَلَمْ يَأْمُرْكُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَسْمَعُوا لِي وَتُطِيعُوا قَالُوا بَلَى قَالَ فَادْخُلُوهَا قَالَ فَنَظَرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ فَقَالُوا إِنَّمَا فَرَرْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ النَّارِ فَكَانُوا كَذَلِكَ وَسَكَنَ غَضَبُهُ وَطُفِئَتِ النَّارُ فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَوْ دَخَلُوهَا مَا خَرَجُوا مِنْهَا إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ
"Rasulullah s.a.w. pernah mengutuskan suatu ekspedisi dan melantik seorang lelaki Ansar sebagai pemimpin, mereka diperintahkan untuk taat dan mendengar kepadanya. Suatu ketika dia (pemimpin) marah terhadap anak buahnya kerana suatu perkara, dia berkata, "Kumpulkanlah kayu api."
Setelah kayu api terkumpul dia berkata, "Bukankah Rasulullah :saw telah memerintahkan kepada kamu untuk dengar dan mentaatiku?" Mereka menjawab, "Ya." Dia berkata, "Maka, masuklah kamu ke dalam api tersebut."
Ali berkata, "Lalu sebahagian yang lain saling memandang kepada yang lainnya, sambil berkata, "Kita harus lari kepada Rasulullah :saw dari api tersebut." Anak buahnya masih lagi (dalam kebimbangan) seperti itu, hingga kemarahannya reda dan api dimatikan. Ketika mereka kembali, mereka memberitahukan peristiwa itu kepada Nabi :saw, lalu beliau bersabda: "Sekiranya kalian masuk ke dalamnya, niscaya kalian tidak akan dapat keluar dari api tersebut. Ketaatan itu hanya dalam perkara kebajikan." [Hadith Riwayat Bukhari #6612, Muslim #3425].
Hadith ini menjelaskan betapa pentingnya taat kepada pemimpin didalam perkara yang tidak dimurkai Allah. Tidak boleh ta’at kepada pemimpin didalam perkara maksiat, sebagaimana sabda Nabi :saw :-
السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَة
“Seorang Islam itu wajib mendengar dan taat samada pemimpin itu disukai atau dibenci, melainkan ia mengarahkan kepada maksiat. Apabila diperintahkan kearah maksiat, tidak wajib dengar dan taat”
Sabda Nabi :saw didalam hadith yang lain :-
لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوْقٍ فِيْ مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ إِنَّمَا الطَّاعَةَ فِي الْمَعْرُوْفِ
Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu dalam kebaikan.” (Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kesimpulan yang boleh diambil dari ayat al-Quran dan penerangan hadith :-
a. Ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan ketaatan yang mutlak
b. Ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat, selama mana pemimpin tidak melanggar ketaatan kepada Allah dan Rasul. Apabila berlaku perselisihan, maka hendaklah merujuk kepada al-Quran dan hadith.
c. Pemerintah yang merujuk kepada al-Quran dan hadith yang wajib ditaati.
Wa’alaikumussalam

Sekian, wassalam
خيرالأمين