SJ-05-0507 : Bacaan tahiyyat awal, tahiyyat akhir dan masbuq

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0507 : Bacaan tahiyyat awal, tahiyyat akhir dan masbuq

Salam,

Saya ada baca di satu forum yg bacaan tahiyyat awal adalah SAMA dengan tahiyyat akhir, bahkan selawat di atas nabi Muhammad dan keluarganya adalah sunat semata-mata, apatah lagi solawat Ibrahimiyyah

1) Mana satu yg patut diikut, apa yg dipelajari di sekolah - tahiyyat awal sehingga solawat kepada nabi, tahiyyat akhir minimum solawat kepada nabi Muhammad dan keluarganya.. solawat Ibrahimiyyah sunat

2) Tahiyyat awal dan akhir sama je.. minimum sampai syahadah.

3) Kalo saya ambik pendirian, tahiyyat awal - sampai syahadah saja, tahiyyat akhir sampai solawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya... macam mana kalo saya masbuq? Katalah saya solat isyak, masuk rakaat ke -2.. pada rakaat akhir imam (rakaat ke-3 saya).. boleh tak saya baca solawat kepada Nabi dan Keluarganya (sebab ikut konteks imam yg sedang berada pada rakaat akhir), atau cukup sekadar syahadah saja?

Re: Bacaan tahiyyat awal, tahiyyat akhir dan masbuq

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

1. Selawat keatas Nabi :saw menurut Mazhab Syafie adalah sunat dan barangsiapa meninggalkannya hendaklah melakukan sujud sahw [al-Fiqh al-Manhaji, 1/146]. Pendapat ini juga dipilih oleh Ibn Hazm [al-Muhalla, 2/302]. Majoriti Mazhab lain berpendapat bahawa tidak perlu berselawat keatas Nabi :saw pada Tashahud Awal [al-Mawsu'ah al-Fiqhiyyah, 12/39].

2. Tashahud Awal dan Akhir bagi kebanyakkan ulama' adalah sampai syahadah, kerana bagi mereka selawat keatas Nabi :saw semasa Tashahud Akhir adalah mustahab (digalakkan) dan bukannya wajib. Ini adalah pandangan Malik, Ahli Madinah, Abu Hanifah dan Ahli Kufah, dan Ahmad didalam satu riwayat. Menurut Ibn Munzir, ini adalah perkataan kebanyakkan alim ulama' kecuali al-Syafie. Menurut Ishak, jika seseorang itu meninggalkan selawat keatas Nabi :saw pada tashashud Akhir, maka solatnya tidak sah. Bagi Mazhab Syafie, selawat keatas Nabi pada Tashahud Akhir adalah wajib [al-Mawsu'ah Masaa'il al-Jumhuur (1/171), al-Fiqh al-Manhaji (1/140)]. Mazhab Hanbali juga mengatakan hukumnya wajib [Sifat Solat al-Nabi :saw, ms 144].

3. Jika anda masbuk, anda hanya perlu membaca selawat keatas Nabi :saw jika anda berpegang kepada Mazhab Syafie, dan jika anda berpegang kepada Mazhab yang lain, maka memadai membaca Tashahud sehingga Syahadah. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين