SJ-12-0356 : hukum melancong tanpa mahram

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0356 : hukum melancong tanpa mahram

assalamu 'alaykum.

1. seorang wanita belajar di luar negara tanpa mahram. apa hukum dia melancong ke negara2 lain sepanjang musim cuti tanpa mahramnya, tetapi bersama sekumpulan wanita muslimah lain?

2. adakah sama hukum melancong ke negara2 islam dan negara2 kuffar?

jazamukumullahu khair.

Re: hukum melancong tanpa mahram

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

1. Wanita dilarang bermusafir kecuali bersama-sama dengan suami atau mahram. Kerana dalam hadis yang disepakati kesahihannya menyebut:

لا تسافر المرأة ثلاثة أيام إلا مع ذي محرم

"Janganlah seorang wanita bermusafir perjalanan tiga hari kecuali kecuali bersama mahram". Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 1036) dan Muslim (no: 1338).

Larangan ini adalah meliputi semua bentuk perjalanan yang dinamakan musafir. (Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi 9/103).

Berdasarkan hadis ini, haram seseorang wanita keluar musafir tanpa ditemani suami atau mahram, walaupun dia keluar bersama dengan wanita-wanita muslimah lain.

Kata Imam Nawawi tentang hukum wanita bermusafir untuk selain haji wajib, seperti haji sunat, urusan perniagaan, lawatan dan lain-lain. Katanya: "Setengah ulama mengatakan harus dengan ditemani wanita-wanita yang dipercayai, seperti masalah haji Islam. Dan Jumhur mengatakan hukumnya adalah HARAM kecuali ditemani suami atau mahram. Inilah pendapat yang sahih berdasarkan hadis-hadis yang sahih". (Syarah Muslim 9/104).

2. Samada musafir tersebut ke negara Islam atau bukan, hukumnya adalah sama iaitu mesti ditemani dengan suami atau mahram. Malah, hukumnya lebih berat jika ke negara bukan Islam, kerana ancaman terhadap muslimah di sana lebih kuat dan fitnah lebih besar.

Para ulama tidak mengesyorkan orang Islam melancong ke negara kufur kecuali atas alasan keperluan mendesak. Ia bagi mengelakkan ancaman terhadap akidah, agama, dan akhlak.

Wallahu A'lam.

al-baihaqi (not verified)
persoalan tentang SJ-12-0356 : hukum melancong tanpa mahram

salam,
dlm persoalan ini, pernah sy terdgr yg pengharaman ini dibuat kerana keadaan ketika itu yg mengancam umat Islam.dan selepas kewafatan Rasul SAW, Aisyah ra sendiri pernah menunaikan haji sendirian(tidak pasti kesahihan sumber).
adakah kekeliruan ini benar atau sebaliknya?
mohon pencerahan.
wassalam.

Re: persoalan tentang SJ-12-0356 : hukum melancong tanpa mahram

Waalaikumussalam

Dalam masalah wanita bermusafir untuk mengerjakan haji, tetapi tidak ada mahram, ada pendapat yang mengharuskan jika dia bersama wanita lain yang dipercayai, dan perjalanannya dijamin selamat.

Pendapat ini dipilih dalam mazhab Syafie dan beliau menukilkan pendapat ini daripada Aisyah, Ibn Umar dan Ibn Zubair r.a. (rujuk Al-Umm 2/127)

Diriwayatkan juga Aisyah r.a. berkata, "Bukan semua wanita ada mahram". (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 15176).

Wallahu A'lam.