salam,
saya sambung mengaji di Johor dan bekerja di KL. dalam sebulan sekali, sementara di Johor saya akan menumpang rumah abang saya di situ bagi urusan pengajian saya.
1- bolehkah saya jamak dan qasar di Johor sekiranya saya duduk di rumah abang saya dalam
2- sekiranya saya berniat satu masa nanti saya akan duduk di Johor utk menyiapkan pengajian saya, adakah saya sudah dikira bermukim dan hilang status musafir.. tapi belum ada kepastian samada perlu menetap di Johor utk 1-2 tahun bagi pengajian. buat masa ini saya berulang sahaja.
:salam
Ringkasnya :
1.Saudara boleh menjamak dan qasarkan solat saudara ketika berada dirumah abang saudara.
2.Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam menukilkan pendapat Syaikhul Islam Ibn Taimiyah bahawa seseorang yang bermusafir , dibolehkan untuk menjamak dan menqasarkan solatnya selama mana pun tempohnya selagi mana ia tidak berniat Iqamah (menetap) di tempat tersebut.
Dalilnya , ialah hadis Anas bin Malik ra :
خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم من المدينة الى مكة فكان يصلى ركعتين ركعتين حتى رجعنا الى المدينة
Kami telah keluar (bermusafir) bersama Rasulullah saw dari Madinah ke Mekkah.Maka Baginda saw bersolat dengan 2 rakaat 2 rakaat sehinggalah kami pulang” (HR Imam Bukhari 1081 , Imam Muslim : 693)
Dalil di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah saw mengerjakan solat secara qasar selama mana tempoh berada di Mekkah sehinggalah Baginda saw pulang semula ke Madinah.
Sekiranya saudara telah berniat untuk menetap (iqamah) di Johor baharu nanti , maka hilanglah kelayakan untuk melakukan rukhsah tersebut dari sudut status musafir....Wa Allahu A'alam.
Ruj :
Taudhih al-Ahkam min Bulughil Maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , bab Solat.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com