SJ-2195: [G] Bacaan basmalah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2195: [G] Bacaan basmalah

Assalamu’alaikum!

Di dalam Shahih Muslim, Jilid 1, Hadith No. 355, Anas bin Malik r.a. meriwayatkan drpd Nabi SAW, katanya : “Aku biasa solat di belakang Nabi SAW, di belakang Abu Bakar, Umar dan Usman. Mereka hanya memulai bacaan dengan “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin” dan tidak pernah kudengar mereka membaca “Bismillahhirahmanirrahim” pada awal bacaan (Al-Fatihah) dan tidak pula penghabisannya”. Hadith no 354 juga membawa maksud yg serupa.

Soalan:

1) Adakah penambahan “Bismillahhirahmannirrahim” yg lazim diamalkan di nusantara ini datang dari pendapat Imam As-Syafi’e? Jika ya, adakah perkara seperti itu dibenarkan dalam mengamalkan sesuatu yg tidak diamalkan oleh Nabi dlm suatu ibadah khusus spt solat?

2) Adakah terdapat nas lain yg menyokong pendapat Nabi SAW ada membaca “Bismillahirrahmanirrahim” sebelum surah Al-Fatihah?

3) Adakah bacaan surah selepas Al-Fatihah (i.e Al-Ikhlas dsb) dimulai dgn “Bismillahirrahmanirrahim” atau terus sahaja “Qul Hu wallahu ahad”. Adakah maksud hadith di atas “…. Dan tidak pula penghabisannya” membawa maksud bacaan Surah juga tidak dimulai dgn “Bismillahirrahmanirrahim”?

Jzk.

Re: Bacaan basmalah

:salam

Perlukah kita membaca basmalah pada surah Al-Fatihah ketika solat?

Hanbali dan Syafi'iy: basmallah hendaklah (wajib) dibaca bersama di awal surah alFatihah, Hanafi pulak hanya sunat sahaja membacanya (Ibn Qudamah, alMughni, 1/556); kecuali Malik tidak perlu membacanya tapi harus jika ingin membacanya atau tidak membacanya dalam solat (alJassas, Ahkam alQur'an, 1/13)
Pentahqeeq alQurthuby (Jami' li Ahkam alQur'an, 1/96), khilaf (diperselisihkan) samada basmalah sepotong ayat dari al-Fatihah atau tidak adalah soal ijtihadiah bukannya soal qat'iyah (tepat dan jitu)

Adakah bacaan basmalah dibacakan secara jahr (nyaring/kuat) atau sir (perlahan)?

Syafi'iyah (alUmm 1/108): basmalah hendaklah dibaca dgn jahr dalam solat jahr dan sirr dalam solat sirr. Hanafi (Abu Yusof, alAthar/22; Hanbali (Ibn Qudamah, alMughny, 1/557) hendaklah membaca basmalah dgn sir tak kira solat sir atau jahr.

Salah satu salil membaca secara sirr:
“Aku biasa solat di belakang Nabi SAW, di belakang Abu Bakar, Umar dan Usman. Mereka hanya memulai bacaan dengan “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin” dan tidak pernah kudengar mereka membaca “Bismillahhirahmanirrahim” pada awal bacaan (Al-Fatihah) dan tidak pula penghabisannya”. Shahih Muslim

Salah satu dalil membaca secara jahr:
Nu`aym Al-Mujammir berkata “Aku pernah bersembahyang di belakang Abu Hurairah dan dia membaca ‘Dengan nama Allah…….’(Bismillahirrhmanirrahim) dan diikuti dengan Al-Fatihah” Hadith ini diakhiri dengan Abu Hurairah berkata, “(Aku bersumpah)……aku bersembahyang sepertimana Rasulullah saw biasa sembahyang.” Au Qau ma Qol

Pendapat yg rajih:

Pentahqeeq alHafeez Ibn Qayyim (Zaad alMa'ad, 1/52) Nabi saw membaca basmalah dengan sir lebih banyak dari membaca secara jahr.

Pentahqeeq alQuthubi (ibid, 1/97): membaca basmalah secara sir lebih baik kerana cara ini menyatukan semua hadis riwayat Anas bin Malik ra. Ia disokong oleh hadis riwayat Sa'eed bin Jubair yg dikeluarkan alHakim dan atTermidzi mengenai peristiwa turunnya ayat 110 surah al_Isra', di mana selepas itu Nabi saw memerintahkan bacaan Basmalah diperlahankan.

Majlis Fatwa Perlis juga telah mengeluarkan fatwa berkaitan masalah ini dan mereka mengeluarkan kata putus bahawa:
-Bersetuju bahawa bacaan Basmallah ada dalam al-Fatihah.
-Bersetuju bahawa bacaaan Basmallah secara jahr (nyaring) dan sirr (perlahan) kedua--duanya adalah warid (berdasarkan nas)
-Bersetuju bahawa Rasulullah s.a.w lebih banyak membaca secara sirr daripada jahr.
-Dengan persetujuan diatas maka seseorang itu boleh membaca Basmallah secara jahr tetapi membaca secara sirr adalah afdal (lebih baik). Keputusan ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil berikut yang dikumpulkan oleh dua pihak yang berlainan pendapat.

Rujukan:
SJ-966: Bacaan dalam solat dan 18 sx
Fatwa Negeri Perlis
Islam Online (Fatwa Sheikh Atiyyah Saqr)

Quote:
Adakah bacaan surah selepas Al-Fatihah (i.e Al-Ikhlas dsb) dimulai dgn “Bismillahirrahmanirrahim” atau terus sahaja “Qul Hu wallahu ahad”. Adakah maksud hadith di atas “…. Dan tidak pula penghabisannya” membawa maksud bacaan Surah juga tidak dimulai dgn “Bismillahirrahmanirrahim”?

bersambung dengan soalan di atas........

Re: Bacaan basmalah

:wassalam

Sambungan dari Jawapan Ustaz [email]G@y@t:[/email]

Hadis Muslim itu dari Anas ra," sesungguhnya Nabi saw, Abu Bakar dan Umar, mereka memulai solatnya dgn "Alhamdulillahi Rabbi al -alamin."
Lafaz Muslim: "adalah mereka memulai dgn AlhamduliLlahi Rabbi al_alamin", tidak menyebut Bismillahi arRahmani arRahim baik diawal bacaan atau di akhir bacaan."

Jadi maksud hadis lafaz Muslim ini. Basmallah tidak dibaca semada sebelum memulai surah ini atau ketika akhir surah (Dhhoolin)

Mengenai surah2 yg lain. Perbahasan samada membaca Basmallah secara jahar atau sirr atau tak payah baca, sama seperti perbahasan dalam surah al_Fatihah. WA