SJ-12-0379 : Selawat memotong tali pusat ketika kelahiran

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0379 : Selawat memotong tali pusat ketika kelahiran

Assalamu'alaykum wbt

ingin bertanya,
1- adakah benar berselawat sewaktu memotong tali pusat di saat kelahiran bayi itu satu sunnah?
2- adakah amalan2 yg benar2 khusus untuk diamalkan ketika saat kelahiran bayi?

mohon pencerahan
JazaakaLLahu khayral jazaa'

Re: Selawat semasa memotong tali pusat ketika kelahiran

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, inSyaAllah.

Tidak pula kami ketahui bahawa semasa memotong tali pusat bayi sewaktu dilahirkan itu adalah sunnah. Ibn Qayyim rh didalam Shaidul Fawaaid menjelaskan bahawa tidak ada bacaan khas atau do’a semasa seseorang wanita melahirkan anak. Namun begitu seseorang yang dikurniakan Allah dengan anak hendaklah mengucap tahmid dan bersyukur kepada Allah, dan berdo’a kepada Allah swt agar anak tersebut menjadi anak yang soleh.

Bagi mereka yang melawat anak tersebut hendaklah mengucap tahniah dengan lafaz :

بارك الله لك في الموهوب لك, وشكرت الواهب, وبلغ أشده, ورزقت بره
“Semoga keberkatan terlimpahkan kepadamu atas kelahiran ini. Bertambah syukur kepada Allah Yang Maha Pemberi kurnia. Dapat melihatnya sehingga dewasa. Dan dikurniakan kebaikan serta kebaktiannya.”

Lalu jawablah dengan lafaz :

بارك الله لك وبارك عليك, وجزاك الله خيرا, ورزقك الله مثله, وأجزل ثوابك
“Semoga Allah memberkatimu, memberikan kebaikan kepadamu, memberimu balasan yang baik, memberi kurnia seperti ini juga, dan menggandakan pahalamu.”

Saat kelahiran bayi merupakan saat kegembiraan, maka hendaklah seseorang itu memperbanyakkan tahmid dan bersyukur kepada Allah. Antara amalan terdekat adalah melaungkan azan ditelinga kanan bayi tersebut. Walaupun terdapat beberapa pertikaian mengenai hadith mengazan ketelinga bayi, namun demikian alangkah baik jika bayi yang lahir itu mendengar perkataan-perkataan kebesaran Allah melalui azan.

Sila rujuk tautan dibawah ini bagi bacaan lanjutan :

Minta Tahqiq hadis Azan dan Iqamat di telinga bayi
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=165&t=36669&hilit=tahnik

bacaan selepas baby lahir
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=97&t=38860&p=155989&hilit=tahnik#p155989

Azan di telinga bayi
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=103&t=28151&hilit=tahnik

SJ-12-0367 : berpantang lepas bersalin dari kaca mata Islam
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=102&t=39643&p=157625&hilit=tahnik#p157625

WA.

Sekian, wasalam

خيرالأمين